• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini berikutan satu lagi aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan paras tertinggi semalam.

Pada 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.42 mata kepada 1,624.84 dengan sektor kewangan dan penjagaan kesihatan menerajui kaunter rugi.

Indeks itu dibuka 0.35 mata lebih rendah kepada 1,627.91 daripada 1,628.26 ketika ditutup Khamis.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 327 kepada 257 manakala 410 kaunter tidak berubah, 1,129 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah satu bilion unit bernilai RM479.71 juta.

Malacca Securities berpendapat peningkatan kukuh semalam mungkin dapat menarik aktiviti pengambilan untung yang cepat ke atas interim.

Pada masa yang sama, harga saham yang lebih rendah dijangka meneruskan peningkatan, dipacu terutamanya oleh mudah tunai yang mencukupi berikutan pelabur terus mencari pelaburan yang mendatangkan hasil lebih tinggi.

“Berikutan kesimpulan mesyuarat OPEC yang akan menyaksikan pengeluaran meningkat sedikit kepada 500,000 tong sehari berbanding anggaran awal 2.0 juta tong sehari, kami berpandangan bahawa sektor tenaga akan terus berkembang.

“Sektor pembinaan pula akan disokong oleh pakej selanjutnya membabitkan projek infrastruktur mega, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi adalah baik kepada sektor perladangan,” katanya dalam nota hari ini.

CGS-CIMB berkata suasana pasaran kekal positif untuk hari ketujuh berturut-turut semalam.

Di Amerika Syarikat, ekuiti ditutup bercampur-campur berikutan pelabur mempertimbangkan penurunan tuntutan pengangguran dan isu rantaian bekalan Pfizer yang akan menjejaskan penghantaran vaksin COVID-19 pada tahun ini.

Dow dan Nasdaq masing-masing naik 0.3 peratus dan 0.2 peratus, manakala S&P500 rendah 0.1 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, 16 kaunter rendah, manakala Petronas Gas turun 12 sen kepada RM17.30 dan IHH Healthcare susut enam sen kepada RM5.44.

RHB Bank dan Tenaga Nasional turun lapan sen kepada masing-masing kepada RM5.57 dan RM5.29.

Tujuh kaunter saham wajaran tinggi adalah positif, dengan KLCC PROP & REITS dan Axiata naik 11 sen masing-masing kepada RM7.71 dan RM3.85 dan Hong Leong Bank menambah lapan sen kepada RM18.38.

Dalam kalangan saham aktif, Yong Tai naik lima sen kepada 34.5 sen, Ho Wah meningkat 11.5 sen kepada 96 sen, manakala Bintai Kinden turun dua sen kepada RM1.12.

Di papan indeks, mata Indeks FBM Emas turun kepada 11,748.54,  FBMT 100 susut 10.15 mata kepada 11,501.99 dan FBM Emas Shariah turun 8.62 mata kepada 13,528.86.

FBM 70 menambah 41.33 mata kepada 15,208.71 dan FBM ACE susut 38.59 mata kepad 10,700.13.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 172.94, Indeks Perladangan naik 7.2 mata kepada 7,381.35 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.39 mata kepada 14,521.48.

— BERNAMA 

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

11 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In