• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Telah Ambil Tindakan Terhadap Dakwaan CBP Amerika Syarikat

in Catalyst
A A
FGV Telah Ambil Tindakan Terhadap Dakwaan CBP Amerika Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan hak pekerjanya dilindungi sementara menunggu respons daripada Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenai ‘Withhold Release Order’ atau WRO (Perintah Sekatan Pelepasan) terhadap import minyak sawit dan produk FGV.

Pengeluar minyak sawit itu juga telah memutuskan untuk mengkaji semula pelantikan firma audit pihak ketiga bebas untuk mengaudit operasinya setelah ia berpuas hati bahawa semua langkahnya telah diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan sewajarnya.

Langkah-langkah itu merangkumi menambahbaik kemudahan seperti perumahan, klinik, sekolah, keda-kedai dan tempat beribadah dalam jangka masa yang munasabah untuk faedah pekerja, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FGV juga menyatakan bahwa ia telah berkomunikasi dengan CBP melalui panggilan persidangan pada 8 Oktober, 2020 untuk meminta penjelasan mengenai dakwaan buruh paksa di ladangnya.

“Namun, CBP tidak mendedahkan maklumat mengenai penemuannya kecuali bahawa penyelidikannya telah mengenalpasti 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai buruh paksa dalam amalan FGV.

“CBP juga tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penemuannya, termasuk lokasi kejadian yang berkaitan dengan petunjuk tersebut,” tambahnya.

Sehubungan itu, FGV berkata pihaknya tetap komited terhadap pelaksanaan rancangan tindakannya di bawah gabungannya dengan Fair Labour Association, laporan perkembangan selanjutnya mengenai rancangan tindakan itu dijadual diterbitkan pada 31 Mac, 2021.

— BERNAMA

Share282ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In