• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Indeks Komposit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh 15 Bulan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan hari ini. 

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 29.54 mata kepada 1,628.26 dengan kenaikan dicatatkan di seluruh papan.

Indeks itu dibuka 2.41 mata lebih tinggi kepada 1,601.13 daripada paras penutup 1,598.72 pada Rabu.

Ia  bergerak antara paras 1,628.26 dan 1,599.36 sepanjang hari dagangan.

Di seluruh pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 907 berbanding 401 manakala 410 kaunter tidak berubah, 416 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12.37 bilion unit bernilai RM6.17 bilion daripada 9.22 bilion unit bernilai RM5.43 bilion pada Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata keyakinan itu dicetuskan oleh berita bahawa Britain menjadi negara Barat pertama meluluskan vaksin COVID-19; dengan  800,000 dos vaksin Pfizer dan BioNTech akan disediakan kepada mereka yang berisiko tinggi bermula minggu depan.

Dalam kalangan saham di FBM KLCI, Telekom Malaysia menerajui kaunter untung mencatatkan kenaikan 6.8 peratus, manakala Petronas Gas menerajui kaunter rugi mencatatkan penyusutan sebanyak 1.2 peratus. 

“Mengikut sektor, indeks tenaga Bursa Malaysia paling banyak mencatatkan untung apabila ia meningkat 4.2 peratus hari ini menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu-sekutu (OPEC+) untuk memutuskan kuantiti pengurangan pengeluaran minyak pada masa depan susulan rundingan yang berdepan kebuntuan selama beberapa hari,” katanya Bernama.

Adam berkata belian minit-minit akhir telah membantu Indeks Penjagaan Kesihatan ditutup positif dengan kenaikan kecil. 

Sementara itu, seorang penganalisis berkata data positif sektor perkhidmatan China dan kemungkinan rundingan pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) dimulakan semula juga membantu meningkatkan sentimen. 

Indeks pengurus pembelian perkhidmatan Caixin China meningkat kepada 57.8 pada November daripada 56.8 pada Oktober, menunjukkan pemulihan dalam aktiviti perniagaaan.

Dilaporkan juga bahawa para pegawai tinggi Demokrat AS menyuarakan sokongan mereka terhadap cadangan pakej rangsangan yang bernilai US$908 billon.

Selain itu, minat belian kukuh juga dilihat dalam saham berkaitan pembinaan dan hartanah di tengah-tengah berita pelaksanaan beberapa projek pembinaan, katanya.

Pada penutup dagangan, 25 daripada 30 syarikat utama yang tersenarai di FBM KLCI mencatatkan kenaikan, diterajui Public Bank yang naik 66 sen kepada RM18.60 dan Petronas Chemicals yang meningkat 29 sen kepada RM7.32. 

Axiata menokok 14 sen kepada RM3.84, Tenaga Nasional menambah 20 sen kepada RM11, RHB Bank melonjak 31 sen kepada RM5.65 manakala Telekom Malaysia naik 34 sen kepada RM5.37.

Dalam kalangan kaunter cergas, Bintai Kinden meningkat 29.5 sen kepada RM1.14 manakala Yong Tai naik 12.5 sen kepada 29.5 sen dan Kanger International menokok setengah sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 196.32 mata kepada 11,757.84, Indeks FBMT 100 naik 194.04 mata kepada 11,512.14 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 207.22 mata kepada 13,537.48.

FBM 70 menokok 197.64 mata kepada 15,167.38 dan FBM ACE meningkat 165.60 mata kepada 10,738.72.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 4.60 mata kepada 172.95, Indeks Perladangan menokok 35.03 mata kepada 7,374.15 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 252.29 mata kepada 14,547.87.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 8.72 bilion saham bernilai RM5.17 bilion daripada 5.17 bilion saham bernilai RM4.36 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 702.15 juta unit bernilai RM119.86 juta daripada 715.58 juta unit bernilai RM135.41.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.95 bilion saham bernilai RM878.55 juta daripada 3.34 bilion saham bernilai RM935.06 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 813.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.4 bilion), pembinaan (1.2 bilion), teknologi (460.2 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (95.2 juta), hartanah (1.5 bilion), perladangan (102 juta), REITs (13.8 juta), dana tertutup (134,800), tenaga (1.5 bilion), penjagaan kesihatan (61.8 juta), telekomunikasi dan media (115.5 juta), pengangkutan dan logistik (292.7 juta) dan utiliti (131.6 juta).

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In