• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) —  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini lebih tinggi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 12.34 mata kepada 1,611.06, dengan keuntungan dicatatkan pada keseluruhan pasaran keculai sektor perladangan.

Indeks utama dibuka 2.41 mata lebih tinggi pada 1,601.13 daripada 1,598.72 ketika ditutup pada Rabu.

Ia bergerak antara 1,616.62 dan 1,599.36 sepanjang sesi urus niaga.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 726 berbalas 399 manakala 463 kaunter tidak berubah, 543 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.64 bilion unit bernilai RM31.8 bilion. 

CGS CIMB berkata pasaran mungkin kekal stabil dalam julat 1,550-1,615 buat masa ini.

“Sekiranya indeks telah bersedia dan memutuskan untuk ditutup mencecah melebihi paras halangan penting 1,618-1,625 pada hari-hari berikutnya, maka, kami percaya tidak lama lagi akan berlakunya kerancakan pergerakan jangka panjang di pasaran.

Di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.1 peratus kepada 2,813.88, Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 0.56 peratus kepada 26,682.16 dan Nikkei meningkat 0.02 peratus kepada 26,807.02.

Sementara itu, minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate menyusut menjelang keputusan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mengenai dasar anggaran pengeluaran yang dijangka diumumkan hari ini.

Pada tengah hari, sebanyak 20 daripada 30 kaunter teratas yang disenaraikan di FBM KLCI berada dalam zon positif, di didahului oleh Petronas Chemicals dan Maxis,  masing-masing meningkat 12 sen dan 11 sen kepada RM7.15 dan RM5.03.

Axiata menambah sembilan sen kepada RM3.79 dan Top Glove 10 sen lebih tinggi pada RM6.78.

Saham-saham paling cergas, Bintai Kinden melonjak 18.5 sen kepada RM1.03, sementara Yong Tai naik empat sen kepada 21 sen dan Kanger International meningkat satu sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 93.11 mata pada 11,654.63, Indeks FBMT 100 naik 89.64 mata kepada 11,407.74 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 110.85 mata kepada 13,441.11.

FBM 70 melonjak 127.26 mata kepada 15,097.00 dan FBM ACE melambung 151.73 mata kepada 10,724.85.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.68 mata kepada 171.03, Indeks Perladangan turun 15.13 mata kepada 7,323.99 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 91.05 mata kepada 14,386.63.

– BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In