fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UWC Yakin Terhadap Prospek Perniagaan, Tingkatkan Jumlah Pelanggan

in Catalyst
A A
UWC Yakin Terhadap Prospek Perniagaan, Tingkatkan Jumlah Pelanggan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 2 Dis  (Bernama) — Penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu UWC Bhd tetap yakin dengan prospek perniagaannya kerana telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan tempatan dan global selain pelanggan sedia ada, secara berkala. 

Hong Leong Investment Bank, dalam nota hari ini berkata prospek berkenaan akan meningkatkan lagi jumlah pelanggan UWC, mempelbagaikan pendedahan segmen dan mengukuhkan perolehan kontrak dalam proses.

“UWC meramalkan peningkatkan permintaan terhadap penguji cip pada masa depan seiring dengan pertumbuhan pasaran peralatan semikonduktor.

“Ia bekerjasama rapat dengan para pelanggan dalam pembangunan produk baharu, serta pemindahan projek, di samping turut menyasarkan para pelanggan kelas atas,” kata Hong Leong.

Selain itu, firma penyelidikan itu juga berkata UWC telah melaksanakan pembuatan semikonduktor bahagian depan dan peralatan 5G.

Ia sedang membina kelas 10,000 bilik bersih, yang dijangka siap awal 2021, bagi memenuhi pemasangan peralatan semikonduktor bahagian depan.

“UWC juga sedang memperluaskan kapasiti ruang pemasangannya. Jentera autonomi penguji cip pula dijangka memulakan mengeluarkan besar-besaran pada penghujung separuh pertama tahun kewangan 2021 (1HFY21),” katanya. 

Bagi segmen sains hayat dan segmen perubatan, kumpulan tersebut menjangkakan pertumbuhan lebih baik yang berterusan pada masa depan susulan COVID-19 dan peningkatan kesedaran terhadap kesihatan dan kualiti hidup.

Keuntungan bersih UWC meningkat 93.50 peratus kepada RM21.71 juta pada suku pertama berakhir 31 Okt, 2020 daripada RM11.22 juta, manakala hasil bertambah 52.4 peratus kepada RM71.5 juta daripada RM46.91 juta sebelumnya.

Hong Leong Investment mengulangi saranan ‘beli’ dengan harga sasaran tidak berubah RM8.88.

— BERNAMA

Share328ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

14 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

20 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In