fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M

in Fundamental Analisis
A A
Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Ulasan Keputusan: Sunway Construction [$SUNCON] 21 Mei 2025

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Mesti kita sangat gembira sekiranya mampu memiliki barangan berkualiti tinggi seperti jam tangan Rolex, kereta Mercedes-Benz dan pelbagai lagi barangan yang berjenama dan berkualiti. Untuk memastikan kualiti barangan tersebut, kita akan memeriksa beberapa kriteria umum bagi memastikan barangan tersebut benar-benar berkualiti. Setelah kita berpuas hati dengan barangan tersebut, barulah kita akan membuat keputusan untuk membelinya.

Begitu juga dalam pemilihan saham, kita semestinya inginkan saham-saham yang berkualiti sahaja untuk berada dalam portfolio kita. Tetapi apakah kriteria pemilihan saham bagi menentukan kualiti sesuatu saham itu?

Terdapat banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memilih saham yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk berkembang, di antara kaedah popular yang digunakan oleh pelabur dan pengurus dana adalah kaedah C.A.N.S.L.I.M. Ya, kaedah ini boleh membantu kita untuk mencari saham yang berkualiti seperti mana kita memilih kenderaan yang berkualiti untuk kegunaan harian kita.

Jom kita berkenalan dengan C.A.N.S.L.I.M ini.

Kaedah C.A.N.S.L.I.M

Kaedah C.A.N.S.L.I.M ini adalah strategi pemilihan saham yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk meraih pulangan lumayan dalam pelaburan. Kaedah ini menggunakan gabungan kajian fundamental dan teknikal dan mempunyai tujuh kriteria khusus yang perlu diperhatikan oleh pelabur. C.A.N.S.L.I.M ini merupakan akronim disebalik kata-kata kunci pemilihan saham untuk strategi ini.

Mari kita lihat pula tujuh kriteria yang ada dalam C.A.N.S.L.I.M ini.

1. C- Current Earnings

Current Earnings ini bertujuan untuk kita melihat pertumbuhan perolehan terkini sesebuah syarikat berbanding tahun sebelumnya. Menurut kajian daripada O’Neil, syarikat yang mempunyai pertumbuhan perolehan untuk suku tahunan yang baik kebiasaanya akan mempengaruhi harga saham berkenaan untuk meningkat naik. Pertumbuhan perolehan syarikat ini boleh diperhatikan pada pertumbuhan nilai perolehan sesaham atau EPS setiap suku terkini sesebuah syarikat berbanding tahun sebelumnya.

2. A- Annual Earnings.

Perolehan tahunan syarikat juga merupakan antara kriteria penting untuk menilai kualiti sesebuah syarikat. Perolehan ini perlu dinilai untuk tempoh masa beberapa tahun sebelumnya untuk mengenal pasti bagaimana keadaan perolehan sesebuah syarikat dalam keadaan ekonomi yang berbeza.

3. N- New Products, New Management, New High

Ini boleh digunakan untuk mengenal pasti berita-berita baharu yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pergerakan harga saham sesebuah syarikat berkenaan. Contohnya adalah seperti produk-produk baharu yang boleh membantu meningkatan jualan syarikat, pengurusan baru yang bakal memberi idea baru untuk memajukan syarikat atau paras harga saham yang tertinggi yang pernah dibuat. Berita seperti ini berpontensi untuk menggerakkan harga saham lebih tinggi pada masa hadapan.

4. Supply And Demand

Penawaran dan bekalan ini digunakan untuk melihat minat belian saham sesebuah syarikat itu dengan melihat jumlah purata dagangan untuk tempoh beberapa bulan sebelumnya. Jumlah keseluruhan unit saham yang didagangkan di pasaran juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham itu. Harga saham yang mempunyai jumlah unit saham dagangan yang sedikit adalah lebih volatile berbanding jumlah unit saham yang banyak.

5. Leader and Laggard

Kita boleh tentukan sama ada syarikat itu leader atau laggard, di mana syarikat leader biasanya akan lebih sensitif dan bertindak balas dengan lebih cepat kepada berita di  pasaran berbanding syarikat laggard. Syarikat leader juga kebiasaanya mempunyai harga saham yang lebih tinggi berbanding syarikat pesaingnya yang lain. Saham syarikat yang tergolong dalam kategori leader juga biasanya mempunyai pegerakan harga lebih tinggi berbanding pergerakan harga indeks saham sesebuah pasaran.

6. Institutional Ownership

Institusi-institusi kewangan atau pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat unit trust dan pelbagai institusi yang lain mempunyai pakar-pakar yang membuat kajian secara terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan mereka. Institusi ini akan tertarik untuk melabur di dalam syarikat yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk berkembang maju di masa hadapan.

Oleh itu, penting untuk pelabur mengetahui jumlah pegangan saham yang dimiliki oleh institusi-institusi dalam sesebuah syarikat sebelum membuat keputusan untuk membeli saham syarikat berkenaan.

7. Market Direction

Pasaran mempunyai beberapa fasa aliran seperti fasa aliran menaik (uptrend), fasa aliran menurun (downtrend) dan fasa aliran mendatar (sideways). Mengetahui arah pasaran adalah penting kerana kebanyakan saham bergerak seiring dengan pergerakan pasaran. Kita akan mempunyai potensi untuk membuat keuntungan yang lebih banyak jika kita melabur ke dalam saham dan pasaran yang sedang membuat fasa aliran menaik.

Berikut adalah tujuh kriteria pemilihan saham yang berkualiti yang dicipta oleh William J. O’Neil untuk kita jadikan panduan dalam pemilihan saham. Strategi ini sangat sesuai diamalkan ketika pasaran berada di dalam fasa menaik. Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2021 akan meningkat dengan lebih tinggi. Indeks FBMKLCI juga dijangka akan membuat kenaikan lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kaedah C.A.N.S.L.I.M ini dalam pemilihan saham kita nanti.

Dah tahu cara tengok chart, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun dah tahu tetapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Alaa…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share3863ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
Anak Syarikat SunCon Dapat Kontrak Bernilai RM218.76 Juta Daripada GBS Suria
Catalyst

Ulasan Keputusan: Sunway Construction [$SUNCON] 21 Mei 2025

3 days ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

1 week ago
Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]
Catalyst

Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In