• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Kerana Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung dan penjualan yang berterusan  terutama membabitkan kaunter mewah menyebabkan keuntungan besar yang diraih semalam tidak dapat bertahan, sekali gus mengheret Bursa Malaysia untuk ditutup rendah petang ini.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak antara untung dan rugi sebelum mengakhiri urus niaga 3.54 mata lebih rendah pada 1,598.72 berbanding 1,602.26 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 2.23 mata lebih tinggi pada 1,604.49 dan berlegar antara 1,592.93 dan 1,605.60.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 640 berbalas 557 sementara 503 kaunter tidak berubah, 409 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 9.22 bilion unit bernilai RM5.43 bilion daripada 9.19 bilion unit bernilai RM5.35 bilion pada Selasa.

Top Glove menyumbang kepada kerugian besar di Bursa Malaysia hari ini berikutan berita ia akan mungkin dihadapkan dengan tuduhan. Sebelum ini, syarikat berkenaan didapati melanggar Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Selain itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata beberapa pelabur telahpun mengaut keuntungan selepas peningkatan ketara saham AS untuk mencatatkan paras tertinggi.

Saham semalaman AS meningkat dengan Dow naik 0.6 peratus, sementara S & P500 menambah 1.1 peratus dan Nasdaq mengukuh 1.3 peratus untuk mencatatkan rekod baharu, dirangsang oleh harapan pemulihan ekonomi berikutan permohonan Pfizer dan BioNTech untuk mendapatkan kelulusan peraturan bagi vaksin COVID- 19 mereka di Kesatuan Eropah.

“Harapan untuk rangsangan ekonomi AS tambahan dan vaksin koronavirus terus menyokong pasaran dengan baik,” katanya kepada Bernama.

Pasaran Asia yang lain juga ditutup rendah, menghapus keuntungan awal dengan Indeks Straits Times Singapura kehilangan 0.23 peratus kepada 2,807.68, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.13 peratus kepada 26,532.58 dan Indeks Komposit SSE Shanghai menyusut 0.07 peratus kepada 3,449.38.

Selain itu, pasaran turut mengambil sikap berhati-hati menjelang keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya mengenai dasar pengeluaran mereka yang dijadual diumumkan esok.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 11 sen kepada RM6.68, Axiata menyusut lapan sen kepada RM3.70, Dialog susut sembilan sen kepada RM3.61, Sime Darby Plantation lima sen lebih rendah kepada RM5.03.

Kaunter bank pula,  Maybank naik lapan sen kepada RM8.27, Hong Leong Bank 22 sen lebih tinggi pada RM18.12 dan CIMB mengukuh empat sen kepada RM3.79.

Petronas Dagangan pula meningkat 52 sen kepada RM21.20.

Kaunter paling cergas, BioAlpha turun 4.5 sen kepada 31 sen, AT Systematization merosot 1.5 sen kepada 19.5 sen dan Lambo naik setengah sen kepada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.11 mata kepada 11,561.52, Indeks FBMT 100 berkurangan 14.68 mata kepada 11,318.10 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 41.87 mata kepada 13,330.26.

FBM 70 meningkat 21.20 mata kepada 14,969.74 dan FBM ACE merosot 198.79 mata kepada 10,573.12.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan  Perindustrian menambah 1.23 mata kepada 168.35, Indeks Perladangan turun 11.16 mata pada 7,339.12 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkembang 87.30 mata kepada 14,295.58.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.17 bilion saham bernilai RM4.36 bilion daripada 5.48 bilion saham bernilai RM4.19 bilion pada hari Selasa.

Perolehan waran, bagaimanapun, meningkat kepada 715.58 juta unit bernilai RM135.41 juta daripada 634.31 juta unit bernilai RM128.23 juta

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.34 bilion saham bernilai RM935.06 juta daripada 3.07 bilion saham bernilai RM1.02 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 861.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.68 bilion), pembinaan (342.32 juta), teknologi (352.33 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (99.86 juta), hartanah (540.67 juta), perladangan (148.24 juta), REIT (13.35 juta), dana tertutup (56,000), tenaga (563.96 juta), penjagaan kesihatan (116 juta), telekomunikasi dan media (55.33 juta), pengangkutan dan logistik (283.96 juta), dan utiliti (113.06 juta).

– BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In