fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Diniagakan Rendah Dengan Dagangan Tidak Menentu Pada Sesi Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia kekal rendah sehingga waktu rehat tengah hari dengan urus niaga tidak menentu sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.79 mata kepada 1,598.47 daripada 1,602.26 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka 2.23 mata lebih tinggi pada 1,604.49 dan bergerak antara 1,604.49 dan 1,592.93.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 560 berbalas 471 manakala 527 kaunter tidak berubah, 551 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 5.05 bilion bernilai RM2.68 bilion.

Seorang penganalisis berkata kegiatan menjual membabitkan sektor perladangan, tenaga, penjagaan kesihatan semakin meningkat.

Beliau berkata petunjuk daripada pasaran serantau adalah bercampur-campur walaupun pasaran semalaman Wall Street mencatatkan angka tertinggi di celah-celah keyakinan berterusan terhadap penyambungan semula perbincangan mengenai pakej rangsangan AS.

Beliau menambah satu lagi pusingan aktiviti pengambilan untung mungkin antara sebab yang menjuruskan kepada aliran menurun selepas kenaikan kukuh semalam.

Selain daripada itu, beliau berkata harga minyak kekal rendah berikutan penangguhan keputusan pengurangan pengeluaran oleh OPEC serta peningkatan inventori minyak di AS yang tidak dijangkakan.

Institut Petroleum Amerika melaporkan inventori minyak mentah AS telah meningkat lebih daripada jangkaan, berjumlah 4.1 juta tong minggu lepas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Axiata dan IHH masing-masing turun 11 sen kepada RM3.67 dan RM5.52, sementara Petronas Gas menyusut 28 sen kepada RM17.52 dan Sime Darby Plantation lebih rendah sebanyak lapan sen kepada RM5.00.

Bagi kaunter bank, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.26, Public Bank meningkat 16 sen kepada RM18.08, Hong Leong Bank 20 sen lebih tinggi pada RM18.10 dan CIMB menokok dua sen kepada RM3.77.

Antara saham paling cergas, BioAlpha naik satu sen kepada 36.5 sen, AT Systematization turun setengah sen kepada 20.5 sen dan XOX menyusut setengah sen pada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 13.15 mata kepada 11,556.48, Indeks FBMT 100 jatuh 17.83 mata kepada 11,314.95 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 48.71 mata kepada 13,323.42.

FBM 70 meningkat 11.48 mata kepada 14,960.02 dan FBM ACE berkurangan 60.02 mata kepada 10,711.89.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.20 mata kepada 167.32, Indeks Perladangan turun 41.85 mata pada 7,308.43 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 95.27 mata kepada 14,303.55.

– BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In