fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Alami Penurunan, Didahului Oleh Kaunter Tenaga, Perladangan

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengalami penurunan daripada paras 1,600 mata pada awal dagangan hari ini memandangkan pelabur mencari keuntungan selepas mencatatkan kenaikan sebanyak 2.5 peratus semalam.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.96 mata kepada 1,594.30, diseret turun terutama oleh penyusutan di sektor tenaga dan perladangan.

Indeks itu dibuka 2.23 mata lebih tinggi kepada 1,604.49 daripada 1,602.26 ketika ditutup semalam.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 332 berbanding 235 manakala 365 kaunter tidak berubah, 1,177 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 604.56 juta unit bernilai RM303.51 juta.

Menurut Malacca Securities berkata langkah India untuk mengurangkan duti import minyak sawit mentah (MSM) memberi pertanda baik bagi sektor perladangan memandangkan harga tetap kukuh di atas RM3,300 satu tan.

“Sementara itu, kami terus memilih sektor pembinaan sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2021 kerana aktiviti pembinaan beralih ke tahap pelaksanaan lebih giat,” katanya menerusi nota penyelidikan.

Secara keseluruhan, FBM KLCI mencatatkan peningkatan semula yang pantas memandangkan indeks utama memperoleh kembali asas pergerakan meningkat untuk mencecah paras psikologi 1,600 mata semalam.

Menurutnya, pelabur akan terus menumpukan kemajuan pemulihan ekonomi.

“Kami yakin saham berharga rendah akan terus menikmati momentum kenaikan mereka kerana mudah tunai kekal baik di pasaran ekuiti dengan pelabur memanfaatkan sentimen pasaran positif,” katanya.

Di luar negara, saham Amerika Syarikat meningkat dengan Purata Perindustrian Dow Jones naik 0.6 peratus, sementara S&P 500 (+1.1 peratus) dan Nasdaq (+1.3 peratus) mencatatkan prestasi kenaikan baharu, didorong oleh jangkaan pemulihan ekonomi susulan permohonan Pfizer dan BioNTech untuk mendapatkan kelulusan pengawalseliaan bagi vaksin COVID-19 mereka di Kesatuan Eropah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 13 sen kepada RM6.66, Tenaga Nasional susut 18 sen kepada RM10.68, Petronas Gas merosot 30 sen kepada RM17.50, Hartalega kurang 16 sen kepada RM14.30 dan Sime Darby Plantation menguncup enam sen kepada RM5.02.

Sebaliknya, Maybank naik tiga sen kepada RM8.22 dan RHB menokok empat sen kepada RM5.34.

Antara saham aktif, BioAlpha tidak berubah pada 35.5 sen, AT Systematization turun satu sen kepada 20 sen dan Bumi Armada tidak berubah pada 32 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 32.74 mata kepada 11,536.89, Indeks FBMT 100 susut 36.25 mata kepada 11,296.53 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 61.44 mata kepada 13,310.69.

FBM 70 meningkat 30.61 mata kepada 14,979.15 dan FBM ACE merosot 58.48 mata kepada 10,713.43.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.29 mata kepada 166.83, Indeks Perladangan susut 12.05 mata kepada 7,338.23 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.41 mata kepada 14,244.69.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In