• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Berkaitan Besi Mula Mendapat Perhatian Pelabur

in Catalyst
A A
Sektor Berkaitan Besi Mula Mendapat Perhatian Pelabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sebaik sahaja Belanjawan 2021 selesai dibentangkan pada 6 November 2020, pasaran saham tempatan dilihat meriah dengan jumlah dagangan yang meningkat. Ini adalah kerana keyakinan pelabur meningkat selepas Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Datuk Seri Tengku Zafrul yang dilihat akan membantu ekonomi Malaysia pulih seperti sediakala.

Sumber: The Edge

Di antara sektor yang menjadi tumpuan pelabur adalah sektor pembinaan kerana Belanjawan 2021 bercadang untuk meneruskan projek-projek mega seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur- Singapura yang menelan kos RM68 bilion, Transit Aliran Massa Laluan 3 atau MRT3 (RM45 bilion), Landasan Serendah Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion) , Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta) dan lain-lain lagi.

Sumber: Trading View

Indeks pembinaan di pasaran tempatan juga dilihat telah mematahkan garisan Downtrend Line sehari sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan dan dilihat sedang membuat pertukaran fasa kepada fasa aliran menaik (uptrend).

Antara sektor yang berkait rapat dengan dengan sektor pembinaan ini adalah sektor yang berkaitan dengan besi. Ini kerana besi merupakan komponen penting dalam setiap projek pembinaan dan jika projek-projek mega ini diteruskan, syarikat yang berkaitan dengan pengeluaran besi secara tidak langsung akan menerima kesan yang sangat positif.

Mari kita lihat kaunter-kaunter yang terlibat dengan sektor pengeluaran besi di Bursa Malaysia.

Press Metal Alunuminium Holdings Berhad (PMETAL) (8869)

Syarikat PMETAL ini terlibat dalam penghasilan dan pejualan produk aluminium. Antara produk-produk syarikat ini termasuklah fabrikasi, flurokarbon, penggilap dan pelbagai lagi. PMETAL beroperasi di Malaysia dan telah mengembangkan perniagaanya di Asia, Eropah dan juga Amerika syarikat.

Terkini, ini mempunyai modal pasaran bernilai RM28.67 bilion dan harga semasa untuk seunit saham ini adalah sekitar RM7.10.

Sumber: KLSE Screener

Daripada pandangan teknikal, kaunter PMETAL ini sedang membuat fasa kenaikan sejak daripada Mac 2020 sehingga ke hari ini. Harga terkini saham ini merupakan All- Time High (ATH) dan telah membuat kenaikan yang mendadak untuk tiga hari berturut-turut. Dengan sentimen semasa yang sangat positif kepada sektor ni, harga saham dijangka akan meneruskan kenaikan selepas berehat daripada membuat kenaikan yang tinggi secara berturut-turut.

PMB Technology Berhad (PMBTECH) (7172)

PMBTECH beroperasi dengan dua segmen utama iaitu segmen pembuatan dan perdagangan dan juga segmen pembinaan dan fabrikasi. Bagi segmen pembuatan dan perdagangan, syarikat ini terlibat dalam pembuatan bahan daripada aluminum dan pelbagai lagi. Bagi segmen pembinaan dan fabrikasi pula, syarikat ini terlibat dalam mereka bentuk dan membuat proses fabrikasi aluminium dan produk stainless steel.

Nilai pasaran terkini syarikat ini adalah RM817.3 juta dan harga seunit saham PMBTECH adalah sekitar RM3.88.

Sumber: KLSE Screener

Daripada sudut teknikal, kaunter ini telah memecahkan paras resistance yang kuat pada paras RM3.24 pada awal November 2020 dan meneruskan kenaikan harga saham sehingga ke hari ini. Harga terkini PMBTECH merupakan harga tertinggi dalam tempoh satu tahun atau 52-weeks high. Namun, pelabur baru khususnya dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membeli saham syarikat ini.

Ini kerana, jumlah saham PMBTECH yang didagagang di pasaran tidak sampai 500 juta unit dan jumlah dagangan harian juga tidak melebihi 100 juta dagangan. Jumlah saham yang didagangkan ini memainkan pernanan kepada pergerakan harga saham sesebuah syarikat. Oleh itu, pelabur dinasihatkan untuk membuat kajian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Ann Joo Resources Berhad (ANNJOO) (6556)

ANNJOO terlibat dalam beberapa segmen seperti pembuatan, perdagangan dan pelaburan, hartanah dan pelbagai lagi. Untuk segmen pembuatan dan perdagangan, syarikat ini terlibat dalam pembuatan besi, keluli dan produk berkaiatan keluli seperti perkakasan, kekuli untuk pembinaan dan pelbagai lagi.

Nilai pasaran yang terkini untuk syarikat ini adalah RM517.9 juta dan harga saham semasa adalah di sekitar paras RM0.91.

Sumber: KLSE Screener

Daripada sudut teknikal, carta ANNJOO menunjukan harga saham syarikat ini berjaya memecahkan paras resistance yang kuat iaitu RM0.85 pada 27 November 2020 yang lepas. ANNJOO dilihat cuba membuat perubahan fasa daripada fasa mendatar kepada fasa kenaikan. Minat belian dilihat berterusan pada 30 November 2020 dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan.

Itulah dia beberapa contoh syarikat yang mempunyai kaitan dengan industri besi yang dilihat mempunyai potensi untuk memperolehi kesan yang positif hasil daripada pemulihan ekonomi. Dengan pembangunan negara yang pesat dan projek-projek mega yang bakal dilaksanakan, semestinya kita tidak mahu terlepas untuk merebut peluang meraih keuntungan daripada sektor ini.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> https://thekapital.my/senangsaham19Dis

Share630ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In