fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Bursa Malaysia memulakan dagangan bulan terakhir 2020 dengan sentimen lebih positif apabila para pelabur terus memburu kaunter-kaunter yang terjejas susulan aktiviti penjualan secara ketara semalam.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.6 peratus atau 24.77 mata kepada 1,587.48 berbanding 1,562.71 sewaktu dagangan ditutup pada Isnin.

Indeks itu juga dibuka meningkat 17.46 mata kepada 1,580.17.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 328 berbanding 172 manakala 321 kaunter lain tidak berubah, 1,287 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 525.46 juta unit bernilai RM247.57 juta.

Dalam pada itu, Malacca Securities berkata FBM KLCI ditutup lebih rendah semalam ketika pasaran menerima tempias susulan tindakan pelabur menseimbangkan portfolio masing-masing pada akhir bulan dengan kaunter saham berharga rendah menjadi tumpuan dan mendapat permintaan tinggi.

FBM KLCI mencatat 95.82 mata dari segi keuntungan (6.5 peratus bulan ke bulan) pada November 2020.

“Walaupun ketidaktentuan baharu itu dilihat kian ketara, kami sebaliknya menganggap aktiviti mencari saham-saham berharga rendah itu akan lebih ketara susulan penyusutan mendadak semalam.

“Selain itu, kami juga berpendapat saham berharga rendah ini lebih cenderung untuk mengalami peningkatan seterusnya, didorong oleh perkembangan membabitkan pembelian secara bergilir-gilir ,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu percaya minat baharu terhadap sektor penjagaan kesihatan itu kian ketara susulan prospek cerah membabitkan pengeluar sarung tangan di FBM KLCI manakala sektor hartanah dijangka mencatat pemulihan selanjutnya susulan pelbagai langkah yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021 bagi melonjakkan usaha pemilikan rumah.

CGS-CIMB menjangkakan paras rintangan terkini pada 1,600 diikuti dengan rintangan kritikal sebanyak 1,618 – 1,625.

Pasaran Dow AS (-0.9 peratus) mencatat prestasi bulan terbaik dalam tempoh lebih tiga dekad meskipun ditutup lebih rendah, selepas sentimen pasaran berterusan positif yang dipacu oleh harapan membabitkan vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, pelabur berhati-hati menunggu keputusan kuota pengeluaran daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Di peringkat tempatan, Tenaga Nasional menokok 42 sen kepada RM10.50, Maybank meningkat 20 sen kepada RM8.10, Public Bank meraih 44 sen kepada RM17.84 dan Hong Leong Bank menambah 68 sen kepada RM17.86.

Petronas Gas sebaliknya susut 58 sen kepada RM17.58 dan PBB turun 30 sen kepada RM18.30.

Saham aktif menyaksikan AT Systematization menambah dua sen kepada 22 sen, EA Holdings naik setengah sen kepada 3.5 sen dan Metronic menokok satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 146.02 mata kepada 11,480.89, Indeks FBMT 100 melonjak 140.81 mata kepada 11,241.55 dan Indeks Syariah FBM Emas menokok 133.26 mata kepada 13,280.63.

FBM 70 naik 51.28 mata kepada 14,880.20 dan FBM ACE menambah 16.58 mata kepada 10,718.19.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.08 mata kepada 162.74, Indeks Perladangan naik 79.24 mata kepada 7,295.97 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 277.28 mata kepada 14,081.49.

— BERNAMA 

Share221ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In