• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Melonjak 2.6 Peratus Pada Dagangan Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 2.6 peratus pada sesi dagangan tengah hari di celah-celah permintaan berterusan untuk kaunter saham mewah dan murah terpilih.

Prestasi ini didorong oleh data ekonomi China yang menggalakkan serta potensi akan perkembangan vaksin COVID-19 yang memberi harapan untuk pemulihan ekonomi yang lebih pantas.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras menokok 40.76 mata kepada 1,603.47 berbanding 1,562.71 ketika ditutup petang Isnin.

Indeks utama dibuka kukuh sebanyak 17.46 mata kepada 1,580.17.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 664 berbalas 395 manakala 462 kaunter tidak berubah, 587 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.17 bilion unit bernilai RM2.64 bilion.

Seorang penganalisis berkata prestasi saham domestik seiring dengan pasaran serantau yang lain, dipacu oleh data terkini yang menunjukkan aktiviti pembuatan China terus mengembang pada kadar yang lebih pantas pada November.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China melonjak kepada 52.1 pada November daripada 51.4 bulan sebelumnya berikutan pesanan domestik baharu yang lebih banyak dan ini meningkatkan harga bahan mentah.

Di dalam negara pula, IHS Markit melaporkan PMI Malaysia mencatatkan penguncupan empat bulan berturut-turut pada 48.4 pada November.

Di Wall Street, saham ditutup rendah pada hari Isnin dengan Dow merosot 0.9 peratus kepada 29,638.64, S&P turun 0.5 peratus kepada 3,621.63 manakala Nasdaq menyusut 0.06 peratus kepada 12,198.74.

Indeks Straits Times Singapura pula meningkat 0,49 peratus kepada 2,819,67, Indeks Hang Seng 0.93 peratus lebih tinggi pada 26,586,21 dan Nikkei mengembang 1.42 peratus kepada 26,808.80.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals melonjak 59 sen kepada RM7.01, Tenaga Nasional melambung 76 sen kepada RM10.84 dan Maybank naik 32 sen kepada RM8.22.

Public Bank naik 54 sen kepada RM17.94 dan Hong Leong Bank menambah 82 sen kepada RM18.00.

Sebaliknya, Petronas Gas turun 66 sen kepada RM17.50 dan Top Glove menyusut sembilan sen kepada RM7.09.

Di antara saham paling cergas, AT Systematization menambah satu sen kepada 21 sen, sementara Pegasus dan Netx masing-masing naik setengah sen kepada 3.5 sen dan 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 229.69 mata kepada 11,564.56, Indeks FBMT 100 naik 230.95 mata kepada 11,331.69 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 217.57 mata kepada 13,364.94.

FBM 70 naik 80.53 mata kepada 14,909.45 dan FBM ACE naik 7.00 mata kepada 10,708.61.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri melonjak 5.49 mata kepada 166.15, Indeks Perladangan meningkat 97.03 mata pada 7,313.76 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 426.78 mata kepada 14,230.99.

– BERNAMA

Share253ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In