• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Indeks Komposit Naik 2.5 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang memberangsangkan dan harapan yang berterusan terhadap vaksin COVID-19.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.5 peratus atau 39.55 mata kepada 1,602.26, diterajui terutamanya oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perladangan.

Indeks itu dibuka 17.46 mata lebih tinggi kepada 1,580.17 daripada 1,562.71 ketika ditutup Isnin dan bergerak antara paras 1,580.17 dan 1,604.57 sepanjang hari dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 760 kepada 479 manakala 432 kaunter tidak berubah, 437 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9.19 bilion unit bernilai RM5.35 bilion daripada 9.02 bilion unit bernilai RM7.71 bilion pada Isnin.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata aktiviti kilang di China meningkat pada tahap paling pantas dalam tempoh sedekad pada November, dan ini dijangkakan membantu kilang-kilang di seluruh rantau ini semakin pulih daripada krisis COVID-19.

Beliau berkata Petronas Chemicals menerajui antara 30 syarikat tersenarai di FBM KLCI, dengan 9.3 peratus peningkatan, manakala Top Glove ketinggalan apabila susut 4.6 peratus di tengah-tengah berita bahawa syarikat itu dijangka didakwa kerana melanggar peraturan mengenai penginapan pekerja.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China meningkat kepada 52.1 pada November daripada 51.4 pada bulan terdahulu berikutan banyak pesanan baharu di peringkat domestik dan peningkatan harga bahan mentah.

Di peringkat tempatan, IHS Markit melaporkan PMI Malaysia mencatatkan penguncupan bulanan kali keempat berturut-turut kepada 48.4 pada November.

“Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian Bursa Malaysia mencatat peningkatan terbesar 4.02 peratus manakala REIT menyaksikan penurunan terbesar 0.67 peratus, diikuti penjagaan kesihatan iaitu 0.63 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya dilapor telah menangguhkan perbincangan pengeluaran kepada 3 Dis.

 Setakat ini, minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate diniagakan positif, masing-masing pada US$48.18 dan US$45.59 setong.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.29 peratus kepada 2,814.12, Indeks Hang Seng Hong Kong tinggi 0.86 peratus kepada 26,567.68 dan Indeks Nikkei Jepun meningkat  225 mata kepada 1.34 peratus kepada 26,787.54.

Di peringkat tempatan, Petronas Chemicals naik 60 sen kepada RM7.02, Tenaga Nasional meningkat 78 sen kepada RM10.86, Maybank naik 29 sen kepada RM8.19, Public Bank menambah 52 sen kepada RM17.92 dan Axiata menokok 23 sen kepada RM3.78.

Top Glove turun 33 sen kepada RM6.79 dan Petronas Gas susut 36 sen kepada RM17.80.

Dalam kalangan saham aktif, AT Systematization naik satu sen kepada 21 sen, Pegasus menambah setengah sen kepada 3.5 sen dan BioAlpha menokok 4.5 sen kepada 35.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 234.76 mata kepada 11,569.63, Indeks FBMT 100 menokok 232.04 mata kepada 11,332.78 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 224.76 mata kepada 13,372.13.

FBM 70 naik kepada 119.62 mata kepada 14,948.54 dan FBM ACE meningkat 70.30 mata kepada 10,771.91.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 6.48 mata kepada 167.12, Indeks Perladangan naik 133.55 mata kepada 7,350.28 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 404.07 mata kepada 14,208.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 5.48 bilion saham bernilai RM4.19 bilion daripada 5.49 bilion saham bernilai RM6.57 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 634.31 juta unit bernilai RM128.23 juta daripada 798.72 juta unit bernilai RM150.37 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.07 bilion saham bernilai RM1.02 bilion daripada 2.72 bilion saham bernilai RM981.18 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 539.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.6 bilion), pembinaan (426.65 juta), teknologi (199.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.71 juta), hartanah (1.02 bilion), perladangan (159.84 juta), REIT (5.7 juta), dana tertutup (8,100), tenaga (645.83 juta), penjagaan kesihatan (149 juta), telekomunikasi dan media (55.3 juta), pengangkutan dan logistik (373.49 juta) dan utiliti (147.56 juta).

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In