• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

4 Saham Yang Boleh Diperhatikan Kesan Daripada Kenaikan Pasaran Hadapan Sektor Kayu

in Trading Idea
A A
4 Saham Yang Boleh Diperhatikan Kesan Daripada Kenaikan Pasaran Hadapan Sektor Kayu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sektor perkayuan merupakan sektor yang kurang mendapat perhatian para pelabur sebelum ini kerana tidak popular  seperti sektor sarung tangan getah dan sektor penjagaan kesihatan yang menjadi kegilaan ramai sepanjang tahun ini. Sejak kebelakangan ini, sektor ini dilihat membuat kenaikan uptrend yang sihat sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilaksanakan di seluruh dunia dan ramai orang mula disarankan untuk bekerja dari rumah.

Ini kerana apabila orang ramai mula bekerja dari rumah, sudah tentu kita akan habiskan banyak masa di rumah. Kesannya, permintaan terhadap barangan perabot untuk kelengkapan bekerja turut meningkat. Apabila permintaan terhadap perabot meningkat, maka permintaan terhadap kayu juga akan meningkat. Maka sebab itulah pasaran hadapan sektor kayu sedang meningkat naik.

Menurut sumber yang diperolehi daripada The Wall Street Journal, sektor perkayuan turut menjadi pemenang pada tahun ini selain daripada sektor teknologi. Hal ini kerana rakyat Amerika Syarikat mula membeli rumah disebabkan cukai rendah yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

Carta Pasaran Niaga Hadapan Sektor Lumber

Sumber : Investing.com

Pasaran niaga hadapan lumber membuat kenaikan yang menakjubkan sejak bulan Mac sehingga bulan September 2020 sebelum membuat gap down pada 16 September 2020.  Namun bulan November ini menampakkan sektor ini kembali mendapat rentaknya dan dijangka akan cuba menembusi paras rintangan pada sekitar harga USD636.

Jom kita tengok 4 saham yang boleh diperhatikan kesan daripada kenaikan pasaran hadapan sektor kayu.

1. Lii Hen Industries Berhad (Lii Hen)

Liihen merupakan syarikat yang menghasilkan perabot set bilik tidur & ruang makan panel kayu lapis & venir yang kukuh. Lii Hen melalui anak syarikatnya Mayteck Kilang Kayu & Perabot Sdn Bhd adalah pemain upstream dalam industri ini. Ia menumpukan dalam rawatan tekanan kayu getah gergaji kering tanur.

Sumber : Malaysiastock.biz

Lii Hen mencatatkan rekod terbaik syarikat daripada segi pendapatan dan keuntungan bersih bagi satu-satu suku tahunan. Hasil pendapatan syarikat adalah sebanyak RM302.06 juta dan keuntungan bersih daripada hasil jualan tersebut adalah RM28.87 juta. Ia merupakan peningkatan sebanyak 203% jika dibandingkan dengan suku sebelumnya dan peningkatan sebanyak 32% jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun lepas.

Sumber : Malaysiastock.biz

Tidak syak lagi, Lii Hen Industries Berhad merupakan saham yang terbaik dalam sektor perkayuan ini sekaligus menjadikannya sebagai leader bagi sektor ini. Sejak bulan Mac yang lalu, saham ini membuat uptrend yang sihat dan masih lagi berada di atas garisan trend line. Tahukah anda berapa banyak kenaikan Liihen sejak bulan Mac?

Harga Liihen pada 23 Mac 2020 adalah RM1.66.Harga Liihen pada 23 November 2020 adalah RM4.65. Kenaikan sepanjang 8 bulan adalah 180.12%.

Adakah saham ini berpotensi untuk naik lagi?

Saham ini masih lagi membuat uptrend yang sihat dan melihat kepada sifat saham ini, Liihen cenderung untuk membuat kenaikan semula selepas menyentuh indikator moving average 10. Maka pelabur bolehlah menunggu sehingga saham ini membuat pullback sehingga menyentuh garisan Moving Average 10 terlebih dahulu.

2. Heveaboard Berhad (Hevea)

Hevea terlibat dengan pengilangan, perdagangan dan pengedaran pelbagai produk berasaskan papan partikel, produk perabot siap pasang dan pelbagai produk berkaitan panel kayu. Ditubuhkan pada tahun 1993, Hevea disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada Januari 2005. Hevea secara keseluruhan memiliki fundamental yang baik di mana syarikat ini belum pernah mencatatkan kerugian sejak tahun 2012, sehinggalah kerugian yang pertama pada suku yang lepas iaitu kerugian bersih sebanyak RM4.5 juta.

Sumber : Trading View

Hevea masih berada dalam fasa uptrend. Hala tuju Hevea dilihat akan terus membuat pullback sekitar 73 sen kerana ia merupakan paras sokongan yang kuat. Sekiranya pasaran niaga hadapan terus menunjukkan kenaikan nescaya Hevea pun turut akan mendapat tempiasnya.

3. Sern Kou Resources Berhad (Sern Kou)

Sern Kou ditubuhkan pada tahun 1992 dan terletak di Muar, Johor. Sern Kou terlibat dengan pembuatan dan perdagangan perabot kayu yang merangkumi perabot set meja makan, ruang tamu dan bilik tidur. Segmen utama perniagaannya adalah:

  1. Pemprosesan dan perdagangan kayu
  2. Pengeringan tanur (kiln) dan operasi kilang papan
  3. Pembuatan perabot & papan lapis
Sumber : Malaysiastock.biz

Sern Kou telah mencatatkan keuntungan sepanjang 8 suku terakhir. Meskipun terdapat penurunan keuntungan bersih syarikat bagi dua suku terakhir, ia tidak bermakna prestasi syarikat menurun. Bagi setiap saham yang diapungkan, Sern Kou berjaya menjana sebanyak 6.53 sen.

Sumber : Trading View

Setelah membuat aliran uptrend yang sihat, Sernkou dilihat mula berehat sejak bulan September sehingga ke hari ini. Terdapat banyak percubaan untuk memecahkan paras resistance pada harga RM 2.07 namun gagal. Pada pertengahan bulan September, Sernkou berjaya memecahkan resistance tersebut, namun ia adalah false breakout dan ia membuat sideways pula.

Ianya sedang membuat corak ‘Ascending Triangle’ yang mana pattern ini bersifat bullish dan cenderung untuk membuat breakout sekiranya berjaya menembusi garisan horizontal berbentuk segi tiga tersebut.

4. Homeritz Corporation Berhad (Homeriz)

Ditubuhkan pada tahun 1997, Homeriz merupakan pereka, pengeluar dan pengeksport perabot rumah yang meliputi sofa, kerusi dan katil.

Sumber : Malaysiastock.biz

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada malaysiastock.biz, Homeriz belum pernah lagi mencatatkan sebarang kerugian sejak tahun 2010. Ini merupakan satu prestasi yang sangat menakjubkan. Homeriz berjaya menjana sebanyak 7.63 sen bagi setiap unit saham yang diapungkan.

Sumber : Trading View

Seperti saham-saham lain di dalam sektor ini, kebanyakannya masih berlegar-legar di bawah paras rintangan dan dilihat Homeriz juga sedang membuat cubaan untuk melepasi paras rintangan. Tetapi sebelum itu, Homeriz harus berjaya melepasi paras psikologi iaitu pada RM1 terlebih dahulu sebelum membuat cubaan untuk melepasi paras RM1.03 yang kali dicapai pada tahun 2017.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share910ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In