fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UOB Malaysia Jangka Ekonomi Malaysia Melantun Semula Kepada 6.0 Peratus Pada 2021

in Catalyst
A A
UOB Malaysia Jangka Ekonomi Malaysia Melantun Semula Kepada 6.0 Peratus Pada 2021

Kredit gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — UOB Malaysia Bhd menjangka ekonomi negara melantun semula kepada 6.0 peratus tahun depan berbanding unjuran awalnya pada 5.5 peratus susulan usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani impak pandemik COVID-19.

Ahli Ekonomi Kanannnya Julia Goh berkata permintaan luaran yang bertambah baik akan menjadi satu lagi penyumbang utama kepada pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata sokongan dasar kerajaan yang berterusan menerusi pelbagai pakej fiskal, langkah-langkah Belanjawan 2021 dan penurunan kadar faedah kumulatiff setakat ini, akan merangsang pemulihan. 

Potensi pengeluaran vaksin COVID-19 yang efektif, pemulihan ekonomi global yang lebih baik daripada dijangkakan dan asas ekonomi Malaysia yang pelbagai juga memberi prospek positif bagi tahun depan.

“Dalam Belanjawan 2021, kerajaan merancang perbelanjaan besar sebanyak RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membantu permintaan domestik dan kesan pengganda daripada perbelanjaan ini akan membantu meningkatkan lagi KDNK,” katanya pada taklimat media maya mengenai Prospek Ekonomi 2021 UOB Malaysia, di sini, hari ini

Goh berkata satu lagi potensi pemangkin pertumbuhan adalah kemajuan projek prasarana mega seperti Transit Aliran Ringan Berkapasiti Tinggi ketiga (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuh Raya Pantai Barat, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Sistem Transit Rel Johor Bahru-Singapura dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapural (HSR).

“Selain itu, pemulihan kompleks penapis Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (RAPID) dan pemulaan operasi kemudahan Petronas Floating Liquefied Natural Gas-2 akan memberi prospek yang baik kepada pelaburan.

“Kami juga menjangka pelaburan dalam sektor getah, elektrik dan elektronik dan penjagaan kesihatan berpotensi memacu pertumbuhan pada tahun depan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, laluan pemulihan Malaysia dijangka tidak sekata dan akan bergantung kepada risiko peningkatan semula penularan COVID-19.

Mengenai sama ada lanjutan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan memberi impak kepada ekonomi, Goh berkata walaupun PKPB yang ketika ini meliputi hampir seluruh negara kurang ketat berbanding sebelum ini dan membenarkan aktiviti ekonomi diteruskan, ia telah menjejaskan sentimen perniagaan dan pengguna pada suku keempat tahun ini. 

“Kesan PKPB kurang berbanding PKP Diperketatkan (PKPBD) dengan kos ekonomi akibat PKPB kali ini kurang kira-kira 15 peratus antara RM17 dan RM22 bilion berbanding RM32 hingga RM45 bilion semasa PKP pada Mac dan April,” katanya.

Sementara itu,  unjuran peningkatan permintaan luar, terutamanya dalam Asia kelihatan positif, katanya. 

Permeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) baru-baru ini menandakan pengukuhan ekonomi dan hubungan perdagangan serta integrasi dalam kalangan ekonomi Asia Pasifik.

Keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) juga memberi petanda yang baik bagi permulaan baharu dalam perundingan perdagangan dengan China dan ini dijangka meningkatkan hubungan AS-China yang seterusnya memberikan kesan limpahan positif bagi negara-negara Asia, katanya.

Mengenai prestasi ringgit tahun ini, Goh berkata, dengan penurunan nilai dolar AS, harga komoditi yang stabil dan pengukuhan Renminbi China, UOB Malaysia menjangka ringgit bergerak ke arah paras RM4.05 berbanding dolar AS pada 2021.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

16 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

24 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In