• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan TRC Synergy Terus Kukuh Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Keuntungan TRC Synergy Terus Kukuh Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — TRC Synergy Bhd mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM5.74 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020, berbanding RM0.27 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil pula menyusut kepada RM189.98 juta daripada RM234.38 juta sebelumnya.

Pengarah Urusan kumpulan Tan Sri Sufri Mohd Zin berkata walaupun pendapatan kumpulan daripada pembinaan dan pembangunan hartanah berkurangan 19 peratus tahun ke tahun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), keuntungan bersih kumpulan meningkat 2,000 peratus disebabkan kesan asas rendah. 

“(Pendapatan yang lebih baik) menunjukkan kelangsungan dan daya tahan kumpulan meskipun di bawah senario ekonomi yang teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19, sebahagiannya disumbang secara positif oleh pergerakan mata wang asing yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan berita-berita yang memberangsangkan mengenai vaksin, yang dijangka dapat meningkatkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi di seluruh dunia, kumpulan itu akan terus melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan projek-projek sedia ada, kata Sufri. 

Pada masa sama, ia akan terus mencari peluang perniagaan baharu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri.

“Akhir sekali, kami akan memberikan keutamaan dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan para pekerja kami daripada pandemik,” katanya.

Sufri menambah, sekiranya tiada sebarang rintangan, kumpulan itu yakin ia akan terus menunjukkan prestasi yang mampan pada tahun kewangan akan datang.

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In