Harga minyak mentah kini di lihat lebih stabil dan tenang walaupun berada dalam keadaan ‘pullback’ pada hari Jumaat berikutan cuti umum ‘Thanksgiving’ di Amerika Syarikat. ‘Thanksgiving’ atau Hari Kesyukuran adalah salah satu perayaan penting di Amerika Syarikat bagi pertemuan sesama keluarga. Selain itu, perayaan ini juga disambut setiap tahun di Kanada, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Laos, Liberia, Puerto Rico, Guam, Grenada, dan Kepulauan Virgin.
West Texas Intermediate (WTI) mengalami sedikit penurunan berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan dan keraguan mengenai vaksin untuk menamatkan pandemik COVID-19 ini.
Kedua-dua harga minyak Brent oil dan Crude Oil WTI meningkat selepas AstraZeneca sebelum ini mengumumkan bahawa 90% keberkesanan vaksin COVID-19 setelah hasil percubaan yang berjaya terhadap dua orang yang berlainan.
Selain itu, harga turut disokong oleh jangkaan penangguhan oleh OPEC+ dalam rancangan mereka untuk melonggarkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah pada 2021.
Sektor ‘Energy’ di Bursa Malaysia
Sektor ‘energy’ di Bursa Malaysia kini juga berada di atas EMA 50 dan dilihat cubaan melepasi EMA 200.

Dayang, Carimin, Hibiscus dan Penergy antara saham kajian pilihan peribadi berdasarkan analisa teknikal.

Berdasarkan analisa teknikal, DAYANG telah berada di atas paras EMA 50 dan kini di lihat sedang mencuba untuk melepasi rintangan EMA 200. Hari ini Dayang telah membuat ‘reversal’ dan sekiranya DAYANG berjaya melepasi rintangan RM 1.50, ‘target price’ DAYANG yang pertama adalah RM 1.21 sebelum menuju ‘target price’ yang seterusnya. Paras sokongan pula di lihat berada di sekitar RM 1.07.

Carimin pula sedang membuat ‘reversal’ dan telah berada di atas paras EMA 50 dan bertahan di paras EMA 200. Paras sokongan yang pertama bagi CARIMIN adalah sekitar harga RM 0.61, rintangan seterusnya pula adalah RM 0.755.

HIBISCUS juga telah berada di atas paras EMA 50 dan kini di lihat sedang mencuba untuk melepasi rintangan EMA 200 sekali lagi dengan membuat ‘reversal’.

PENERGY telah berada di atas paras EMA 50 dan EMA 200. Ini menunjukkan minat belian yang agak tinggi. PENERGY juga sedang membuat ‘reversal’ dan ‘target price’ PENERGY yang pertama adalah RM 1.19 sebelum menuju ‘target price’ ke dua RM 1.23. Paras sokongan pula di lihat berada di sekitar RM 0.89.
Penulisan ini adalah bertujuan bertujuan Pendidikan. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)