fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut 2.79 Peratus Susulan Pengambilan Untung Besar-Besaran

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 30 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan terakhir November dengan ditutup rendah hari ini apabila petunjuk pasaran FBM KLCI susut di bawah paras 1,600 susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 membayangi berita positif berkaitan vaksin.

Pada 5 petang, Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.79 peratus atau 44.88 mata kepada 1,562.71 daripada paras penutup 1,607.59 pada Jumaat minggu lepas berikutan pengambilan untung besar-besaran dalam saham wajaran tinggi. 

Indeks itu dibuka rendah turun 0.82 mata kepada 1,606.77 dan bergerak antara paras 1,562.71 dan 1,614.77 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak  689 berbanding 563 manakala 443 kaunter tidak berubah, 476 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 9.02 bilion unit bernilai RM7.71 bilion daripada 10.35 bilion unit bernilai RM5.47 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata peningkatan kes jangkitan COVID-19 di rantau ini, sebagai contoh di Jakarta, menyebabkan para pelabur mengambil keuntungan. 

Selain itu, para pelabur juga memberikan reaksi negatif kepada keputusan suku ketiga bank-bank Malaysia yang mengecewakan seperti CIMB dan Public Bank.

Pasaran serantau juga turun dengan Indeks Straits Times Singapura jatuh 1.75 peratus kepada 2,805.95, Nikkei 225 Jepun susut 0.79 peratus kepada 26,433.62, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 2.06 peratus kepada 26,341.49 manakala Indeks Komposit Jakarta Indonesia turun 2.96 peratus kepada 5,612.42.

Seorang penganalisis berkata para pelabur menunggu dengan berhati-hati keputusan mesyuarat antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya esok yang menyaksikan minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate turun masing-masing kepada US$47.32 dan US$44.85 setong.

Di bursa tempatan, Public Bank turun RM1.20 kepada RM17.40, CIMB susut 20 sen kepada RM3.63, Maybank jatuh 39 sen kepada RM7.90, Petronas Dagangan berkurangan RM1.24 kepada RM20.76, dan Petronas Chemicals jatuh 44 sen kepada RM6.42.

Bagaiamanpun, Hong Leong Bank naik 16 sen kepada RM17.18 dan Top Glove meningkat 13 sen kepada RM7.12.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization dan Sapura Energy tidak berubah masing-masing pada 20 sen dan 11.5 sen manakala Kanger International susut setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 207.16 mata kepada 11,334.87, Indeks FBMT 100 susut 220.41 mata kepada 11,100.74 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 121.54 mata kepada 13,147.37.

FBM 70 meningkat 88.53 mata kepada 14,828.92 dan FBM ACE menokok 112.12 mata kepada 10,701.61.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.82 mata kepada 160.66, Indeks Perladangan turun 19.16 mata kepada 7,216.73 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 458.89 mata kepada 13,804.21.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.49 bilion saham bernilai RM6.57 bilion daripada 4.66 bilion saham bernilai RM3.84 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran naik kepada 798.72 juta unit bernilai RM150.37 juta daripada 710.5 juta unit bernilai RM127.56 juta.  

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.72 bilion saham bernilai RM981.18 bilion daripada 4.98 bilion saham bernilai RM1.50 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 672.95 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.5 bilion), pembinaan (329.06 juta), teknologi (327.94 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (183.36 juta), hartanah (352 juta), perladangan (322.72 juta), REITs (12.82  juta), dana tertutup (78,100), tenaga (848.53 juta), penjagaan kesihatan (160.4 juta), telekomunikasi dan media (113.72 juta), pengangkutan dan logistik (264.11 juta) dan utiliti (403.38 juta).

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In