fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Tengah Hari Selepas Diniagakan Tidak Menentu

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 30 Nov  (Bernama) — Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat sedikit selepas menyaksikan urus niaga yang tidak menentu dengan sentimen pasaran diselubungi oleh aliran menurun sektor perbankan, diikuti oleh kebimbangan pelabur mengenai hala tuju perdagangan.

Pada waktu rehat, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.48 mata menjadi 1,608.07 berbanding 1,607.59 ketika ditutup petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama pagi ini dibuka 0.82 mata lebih rendah pada 1,606.77.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi 661 berbalas 430 manakala 442 kaunter tidak berubah, 467 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.78 bilion saham bernilai RM2.51 bilion.

Sektor kewangan adalah antara sektor yang paling teruk terjejas selepas beberapa pengumuman keputusan kewangan suku ketiga yang mengecewakan.

Selain itu, dilaporkan pentadbiran Donald Trump sedang mempertimbang untuk menyenaraihitamkan syarikat pembuat cip, SMIC serta pengeluaran minyak dan gas CNOOC dari China sementara Australia telah mengancam untuk membawa China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) selepas negara itu mengenakan rangkaian tarif ke atas produk Australia.

Seorang penganalisis berkata pasaran serantau turut memperlihatkan prestasi bercampur-campur berikutan kebimbangan yang baharu muncul mengenai hala tuju perdagangan.

Sementara itu, Public Bank turun 52 sen kepada RM18.08, CIMB susut 10 sen kepada RM3.73 dan Sime Darby Plantation merosot lima sen kepada RM5.00.

Sebaliknya, Hong Leong Bank melonjak 92 sen kepada RM17.94 dan Tenaga Nasional menambah 14 sen kepada RM10.86.

Dalam kalangan saham paling cergas,  AT Systematization dan Kanger International masing-masing tidak berubah pada 20 sen dan 18.5 sen, sementara Sapura Energy naik setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 28.70 mata kepada 11,570.73, Indeks FBMT 100 meningkat 23.50 mata kepada 11,344.65, Indeks FBM Emas Syariah menokok 86.03 mata kepada 13,354.94, FBM 70 naik 109.71 mata kepada 14,850.10 dan FBM ACE menambah 198.90 kepada 10,788.39.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.45 mata kepada 163.93, Indeks Perladangan 79.02 mata lebih tinggi pada 7.314.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 36.30 mata kepada 14.226.80.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In