• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seketika Pagi Ini Sebelum Kembali Bergerak Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah seketika pagi ini sebelum melantun, dirangsang oleh reaksi positif terhadap perkembangan vaksin untuk COVID-19.

Pada pukul 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.30 mata kepada 1,607.89 berbanding 1,607.59 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka rendah iaitu 0.82 mata kepada 1,606.77.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 415 berbalas 198 sementara 343 kaunter tidak berubah, 1,215 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 661.20 juta saham bernilai RM303.28 juta.

Malacca Securities berkata dengan kemajuan dan pengedaran vaksin COVID-19 semakin hampir, saham-saham berkaitan vaksin akan terus meraih minat dagangan.

“Kami berpendapat sektor perladangan boleh bergerak lebih tinggi berdasarkan kepada harga minyak sawit mentah yang lebih kukuh dengan permintaan untuknya terus menggalakkan,” katanya.

Firma itu menambah saham berharga murah juga akan meningkat, disokong oleh momentum kecairan memandangkan para pelabur terus berusaha untuk mendapatkan hasil yang lebih tinggi.

Secara keseluruhan, Malacca Securities berkata pasaran telah bersedia untuk mengekalkan sentimen positif kerana para pelabur berterusan menaruh harapan terhadap pemulihan ekonomi.

Dalam pada itu, saham AS mencatatkan keuntungan dengan Dow Jones meningkat tinggi pada Jumaat kerana ketidakpastian politik negara itu telah mereda dan pasaran kembali bersemangat mengenai perkembangan vaksin walaupun jumlah dagangan agak rendah berikutan penutupan awal pasaran sempena “Black Friday”.

Sementara itu, Hong Leong Bank, Petronas Gas dan Tenaga Nasional masing-masing naik 46 sen, 24 sen dan lapan sen kepada RM17.48, RM16.96 dan RM10.80.

Sebaliknya, CIMB, Petronas Dagangan dan Hartalega masing-masing turun 13 sen, 68 sen dan 10 sen kepada RM3.70, RM21.32 dan RM14.38.

Dalam kalangan saham paling cergas, Vsolar dan Bintai Kinden masing-masing menambah setengah sen kepada lima sen dan 80 sen, sementara Bioalpha turun satu sen kepada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.11 mata pada 11,555.14, Indeks FBMT 100 meningkat 10.27 mata kepada 11,331.42, Indeks FBM Emas Syariah menokok 37.44 mata kepada 13,306.35 dan FBM 70 lebih tinggi sebanyak 45.35 mata kepada 14,785.05.

Sementara itu, FBM ACE melonjak 114.81 mata kepada 10,704.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.42 mata menjadi 162.90, Indeks Perladangan 104.22 mata lebih tinggi pada 7.340.09, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 56.91 mata kepada 14.206.19.

– BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In