QL Resources Berhad (KLSE: 7084) (QL) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatannya daripada tiga segmen utama seperti berikut:

Nilai pasaran terkini QL adalah sebanyak RM10.2 bilion. Ianyanya merupakan peningkatan sebanyak 100 kali ganda daripada nilai pasarannya pada tahun 1990 iaitu hanya sekitar RM100 juta sahaja pada ketika itu.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham QL.
1: Segmen 1 – Lautan
Segmen ini telah mencatatkan peningkatan CAGR sebanyak 12.5% di dalam perolehannya. Ianya meningkat daripada RM356.9 juta pada tahun 2010 kepada RM1.16 bilion pada tahun 2020.Segmen ini merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan QL secara keseluruhannya. Pada tahun 2020, di antara projek-projek yang sedang diusahakan oleh QL adalah seperti berikut:


2: Segmen 2 – Penternakan
Segmen ini telah mencapai peningkatan perolehan CAGR sebanyak 12.4%. Ianya telah meningkat daripada RM850.1 juta pada tahun 2010 kepada RM2.74 bilion pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah hasil daripada penambahan kapasiti pengeluarannya bagi tempoh tersebut dan pemulaan operasi rangkaian kedai runcit ‘FamilyMart’ pada 11 November 2016. Sejak itu, QL telah menambah bilangan kedainya kepada 184 buah pada 31 Mac 2020.
Kini, QL sedang mengusahakan projek-projek seperti berikut:


3: Segmen 3 – Kelapa Sawit
Segmen ini merupakan penyumbang perolehan terkecil untuk QL. Perolehan daripada segmen ini kekal sekitar RM300 juta sejak 10 tahun yang lalu.

4: Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
QL telah mencapai pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 10.9% dan 8.39% di dalam keuntungan bersih bagi tempoh 10 tahun lalu. Perolehan QL telah meningkat daripada RM1.48 bilion pada tahun 2010 kepada RM4.16 bilion pada tahun 2020. Keuntungan bersih bagi QL telah meningkat daripada RM106.9 juta pada tahun 2010 kepada RM239.4 juta pada tahun 2020.
QL telah mencapai purata Return on Equity (ROE) selama 10 tahun sebanyak 13.16%.Ini bermakna bahawa ia telah menjana sebanyak RM13.16 dalam keuntungan bersih setahun daripada setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegang saham dari tahun 2011 sehingga tahun 2020.


5: Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2011 sehingga tahun 2020, QL telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM2.59 bilion, RM437.1 juta daripada pengeluaran ekuiti dan RM639.4 juta di dalam pinjaman hutang bersih untuk jangka masa panjang. Daripada jumlah itu, ia telah membayar sebanyak:
– RM2.58 bilion untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PP&E)
– RM275.8 juta untuk kos faedah (interest costs)
– RM526.0 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya
Jadi, baki tunai QL telah meningkatkan daripada RM101.7 juta pada tahun 2010 kepada RM261.6 juta pada tahun 2020. Terbukti bahawa QL adalah sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi yang positif dan telah memilih untuk melaburkan kebanyakannya untuk mengembangkan kapasiti operasinya terutamanya dalam segmen lautan dan penternakan untuk tempoh 10 tahun tersebut.
6: Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
QL mencatatkan perolehan sebanyak RM4.13 bilion dan RM 239.6 juta keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini. Maka, ia telah mencatatkan 14.77 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).

7: Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q1 2021, QL mempunyai RM950.0 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM2.14 bilion dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang terkini bagi QL adalah 44.29%. Pada masa yang sama, QL mencatatkan RM1.65 bilion dalam aset semasa dan RM1.13 bilion dalam liabiliti semasa. Jadi, nisbah hutangnya ialah 1.46.
8: P/E Ratio
Pada 24 November 2020, harga sesaham untuk QL ialah RM6.30 seunit P/E Ratio terkini adalah 42.65 dan EPS-nya bagi tempoh 12 bulan terkini adalah sebanyak 14.77 sen. Kalau dibandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2011 sehingga 2020), P/E Ratio terkini adalah lebih tinggi daripada purata bagi tempoh 10 tahun yang lalu.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 6.30 / RM 0.1477
= 42.65

9: P/B Ratio
Pada Q1 2020, QL telah merekodkan sebanyak RM1.32 di dalam aset bersih sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 4.77. Kalau kita bandingkan ia dengan P/B Ratio bagi tahun-tahun yang lepas (tahun 2011 sehingga tahun 2020), ia adalah lebih tinggi daripada purata untuk tempoh 10 tahun yang lalu.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 6.30 / RM 1.32
= 4.77

10: Kadar Dividen
Pada tahun 2020, QL telah membayar 4.5 sen dalam Dividend Per Share (DPS) kepada pemegang sahamnya. Kadar dividen terkini untuk QL ialah 0.71% setahun. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (tahun 2011 sehingga tahun 2020), nilai dividen terkini adalah lebih rendah daripada nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun terkini iaitu sebanyak 1.09%,.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.045 / RM 6.30) x 100%
= 0.71%

Kesimpulan
Kesimpulannya adalah seperti berikut:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham QL? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)