• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Time Dotcom Merosot Kepada RM65.95 Juta Pada Suku Ketiga

in Berita
A A
Untung Bersih Time Dotcom Merosot Kepada RM65.95 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih TIME dotCom Bhd (TIME) pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020, merosot kepada RM65.95 juta daripada RM82.99 juta dicatatkan pada suku tahun sama tahun lepas.

Perolehan, bagaimanapun, meningkat 11.3 peratus kepada RM309.55 juta daripada RM278.16 juta sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

TIME berkata peningkatan perolehan itu sebahagian besarnya berikutan pendapatan data berulang yang lebih tinggi, yang naik RM26.6 juta (atau 11.8 peratus) dan pendapatan pusat data, yang meningkat RM4.5 juta (atau 13.0 peratus).

Katanya semua kumpulan pelanggan teras turut mencatatkan pertumbuhan pendapatan berulang tahun ke tahun yang kukuh dengan sumbangan pertumbuhan terbesar dilihat daripada pelanggan runcit dan borong.

Mengenai prospeknya, kumpulan itu berkata ia tetap teguh dalam komitmennya untuk memastikan ketersediaan dan kestabilan rangkaian 100 peratus sepanjang tempoh mencabar ini bagi negara.

“Dalam jangka sederhana, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada menyokong kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat telekomunikasi nasionalnya dengan mengukuhkan dan menambah baik infrastruktur rangkaian fiber domestik sedia adanya, dan pada masa sama meningkatkan usaha untuk memperluaskan liputannya ke seluruh negara.

“Kumpulan akan turut berusaha untuk meningkatkan bahagian pasaran dengan memberikan pengalaman rangkaian kualiti yang cepat, dipercayai dan tiada tandingannya pada harga yang kompetitif, dan dengan memahami dan memberikan penyelesaian dan perkhidmatan yang bermakna kepada semua pelanggannya,” katanya.

Di peringkat serantau, TIME akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk memberi tumpuan kepada memanfaatkan permintaan yang meningkat terhadap kesalinghubungan rentas sempadan di rantau ini.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In