• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sektor Kesihatan, Pembinaan, Teknologi Terus Meningkat, Didorong Oleh Perbelanjaan Pembangunan Yang Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Saham-saham tempatan menunjukkan momentum peningkatan selepas Belanjawan 2021 diluluskan dengan undi suara pada peringkat dasar di Parlimen semalam setelah menyaksikan perdebatan yang hangat.

Malacca Securities, dalam nota ekuitinya di sini berkata, keputusan itu berpihak kepada sektor pembinaan sebagai proksi kepada belanjawan itu di tengah-tengah perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi.

“Begitu juga dengan penjagaan kesihatan sementara sektor teknologi terus kekal cemerlang dengan rangkaian pengumuman pendapatan korporat kekal mantap,” katanya.

Di bawah Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan RM322.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan yang akan terus disalurkan kepada program dan projek dengan kesan pengganda yang tinggi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menyokong mata pencarian serta kehidupan rakyat.

Sektor berkaitan kesihatan terus menjadi keutamaan kerana ia menerima peruntukan sebanyak RM4.7 bilion atau 6.8 peratus daripada perbelanjaan pembangunan.

Dari sudut penanda aras teknikal, FBM KLCI meneruskan keuntungan, membentuk satu lagi pengukur kenaikan harga dengan indeks utama kekal disokong melepasi paras harian EMA9.

“Dengan momentum positif berterusan, kenaikan seterusnya dilihat pada halangan segera 1,640, diikuti 1,670, sementara sokongan pada 1,600, diikuti oleh 1,570,” katanya.

Ia berkata indeks kekuatan relatif (RSI) masih melebihi 50, meletakkannya di bawah momentum trend menaik.

Namun, seorang penganalisis berkata meskipun terdapat kemungkinan momentum menaik dalam kalangan pasaran tempatan, terdapat pula kebimbangan yang kian meningkat kemungkinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mencairkan beberapa asetnya untuk membiayai program i-Sinar.

“KWSP mempunyai pegangan dalam pelbagai pegangan tempatan dan asing dan untuk membiayai pengeluaran yang dijangka mencecah angka bilion, cara paling cepat ialah mencairkan aset,” kata beliau.

Antara pegangan saham utama KWSP ialah dalam Malaysia Building Society Bhd, RHB Bank Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd, Bermaz Auto Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, Public Bank Bhd, Malaysia Airport Holdings Bhd, Gamuda Bhd, Malayan Banking Bhd dan Petronas Gas. 

Pada pukul 10 pagi, indeks pembinaan naik 0.08 peratus, indeks penjagaan kesihatan turun 0.4 peratus dan indeks teknologi meningkat 0.45 peratus sejak dibuka pagi ini.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In