• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini selepas permulaan yang positif, dipengaruhi oleh prestasi saham global yang rendah terutamanya di rantau Eropah. 

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.14 mata kepada 1,607.97 daripada 1,612.11 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 3.09 mata kepada 1,615.20.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 542 berbanding 499, manakala 449 kaunter tidak berubah, 681 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 6.07 bilion saham bernilai RM2.68 bilion.

Penurunan itu didorong oleh jualan besar-besaran dalam beberapa syarikat utama, aktiviti pengambilan untung dalam beberapa sektor, selain menjejaki pergerakan ekuiti global. 

Menurut Bloomberg, aset berisiko global lembap berikutan pandemik telah menjejaskan kenaikan dalam saham Eropah dan niaga hadapan ekuiti Amerika Syarikat.

“Syarikat kitaran termasuk bank dan syarikat tenaga yang mendorong lonjakan pasca vaksin merosot manakala lebih banyak saham teknologi defensif meningkat,” katanya. 

Sime Darby Plantation merosot 14 sen kepada RM5.07, Maxis berkurangan lima sen kepada RM5.07, Hartalega susut 16 sen kepada RM14.60, Genting Malaysia dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot lapan sen kepada RM2.52 dan RM10.92. 

Dalam kalangan saham cergas, Kanger, AT Systematization dan Metronic, masing-masing menambah setengah sen kepada 18.5 sen, 20.5 sen dan 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 22.97 mata kepada 11,544.67, Indeks FBMT 100 merosot 25.93 mata kepada 11,132.61, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 9.45 mata kepada 13,299.18, dan FBM 70 turun 20.96 mata kepada 14,738.10.

FBM ACE naik 44.99 mata kepada 10,647.29, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 2.27 mata kepada 163.68, Indeks Perladangan susut 77.12 mata kepada 7,273.25 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 39.39 mata kepada 14,145.74.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In