KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — UMW Holdings Berhad (“Kumpulan UMW”) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM101.3 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2020. Hasil perniagaan bagi kumpulan sebanyak RM2,663.3 juta jauh lebih tinggi berbanding RM1,529.7 juta yang direkodkan pada suku sebelum ini yang berakhir pada 30 Jun 2020 (“suku sebelum”) disebabkan oleh peningkatan dalam prestasi perniagaan dari semua segmen perniagaan teras dan dibantu oleh perlaksanaan pengecualian cukai jualan bagi industri automotif. Seiring dengan peningkatan hasil perniagaan yang memberangsangkan, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM159.5 juta pada suku ketiga ini berbanding dengan kerugian sebelum cukai (“LBT”) yang dicatatkan sebanyak RM58.8 juta pada suku sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato ’Ahmad Fuaad Kenali berkata,“ Dengan penurunan PKP / perintah kawalan pergerakan, Kumpulan secara beransur-ansur mencatatkan hasil kewangan yang lebih baik. Penjualan automotif meningkat disebabkan oleh perlaksanaan kerajaan terhadap pengecualian cukai penjualan pada kenderaan CKD (100%) dan kenderaan CBU (50%) yang berkuatkuasa dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2020, yang dilaksanakan untuk mendorong perkembangan pasaran automotif tempatan. Perlaksanaan pengoptimuman kos yang berterusan di antara Kumpulan telah membawa kepada peningkatan yang memberangsang.
Dengan jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi, hasil perniagaan bagi segmen Automotif bagi suku ketiga tahun 2020 meningkat sebanyak 93.1% kepada RM2,127.5 juta berbanding suku sebelum ini, sementara PBT melonjak kepada RM131.6 juta berbanding LBT sebanyak RM41.7 juta. Penjualan automotif meningkat dengan baik pada suku ketiga disebabkan oleh pengecualian cukai penjualan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan segmen Automotif dijangkakan akan terus mendapat manfaat dari perlaksanaan ini. Dengan itu, UMW Toyota Motor telah meningkatkan sasaran penjualannya kepada 53,000 unit daripada sasaran penjualan sebanyak 45,000 unit sebelum ini. Sementara itu, Perodua, telah memecahkan rekod penjualannya pada bulan Oktober dengan jumlah pendaftaran penjualan kenderaan sebanyak 26,852 unit, dan mengekalkan sasaran penjualan sebanyak 210,000 unit pada tahun 2020.
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera sebanyak RM297.0 juta bagi suku ketiga 2020 adalah 27.3% lebih tinggi daripada RM233.2 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya, sementara PBT meningkat sebanyak 38.1% kepada RM34.0 juta disebabkan oleh permintaan produk dan perkhidmatan yang meningkat bagi segmen oleh kerana kelonggaran perintah kawalan pergerakan. Manakala sub-segmen Jentera Berat akan menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar kerana ketidakpastian dalam perdagangan global, perlesenan, politik dan komoditi serta penularan COVID-19 yang sedang meningkat. Walaupun demikian, permintaan yang memberangsangkan dalam sektor perlombongan dan pembinaan dalam operasi di luar negara dapat mengurangkan kesan terhadap sub-segmen tersebut. Sub-segmen Jentera Industri dijangka akan pulih disebabkan oleh kebanyakan sektor perniagaan telah mula beroperasi. Perlaksanaan pakej pemulihan untuk pelanggan telah dijalankan dengan baik dan pasaran akan terus kekal positif dengan kelangsungan program-program seperti ini. Sub-segmen akan terus meningkatkan prestasi untuk terus berkembang, terutamanya dari segi perkhidmatan seperti logistik, makanan & minuman serta industri-industri kecil.
Dengan prestasi perniagaan yang memberangsangkan dalam sub-segmen Komponen Auto dan Minyak Pelincir, hasil perniagaan bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan sebanyak RM242.3 juta pada suku ketiga tahun 2020 adalah 32.1% lebih tinggi daripada RM183.3 juta yang dilaporkan pada suku sebelumnya, sementara PBT meningkat kepada RM20.3 juta daripada RM8.0 juta. Penjualan domestik bagi komponen automotif akan meningkat disebabkan oleh perlaksanaan tempoh “pengecualian” cukai penjualan hingga akhir tahun yang diberikan kepada kereta yang melibatkan pemasangan tempatan serta kadar bunga yang lebih rendah. Sub-segmen Minyak Pelincir akan terus bekerjasama bersama rakan OEM dan memperkukuhkan penjualan dalam dan luar negara. Walaupun pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap sektor penerbangan, namun, sub-segmen Aeroangkasa kumpulan telah membuat penghantaran selongsong kipas Trent 7000 yang pertama pada Oktober 2020, selaras dengan strateginya terhadap produk dan kepentingan pelanggan.
Dato ’Fuaad menambah,“ Kami akan terus fokus untuk mengukuhkan segmen perniagaan teras dan menjalankan inisiatif pengoptimuman kos untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti perniagaan kami. Dengan persekitaran pasaran yang mencabar, kami akan berusaha untuk mengekalkan prestasi dan terus memberikan nilai yang lebih baik kepada para pelanggan dan pemegang saham kami.”