• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Kerjaya Prospek Susut RM30.38 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Ketiga Kerjaya Prospek Susut RM30.38 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Kerjaya Prospek Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 (Q3 20) merosot kepada RM30.38 juta daripada RM33.01 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan susut kepada RM222.21 juta daripada RM263.33 bilion setahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata operasi dan prestasi kewangannya juga terjejas teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 kerana pelbagai kesukaran dan landskap yang mencabar, terutamanya berkaitan pandemik COVID-19.

“Secara keseluruhannya, penurunan perolehan dan keuntungan bersih terutamanya disebabkan oleh kemajuan kerja-kerja pembinaan di lokasi.

“Bagi segmen pembangunan hartanah, tanpa projek yang sedang dibangunkan bagi suku kewangan berkenaan, segmen ini mempunyai sumbangan minimum kepada perolehan kumpulan manakala keuntungan segmen pelaburannya meningkat terutamanya daripada pelupusan pelaburan dalam saham asing bernilai RM8.80 juta,” katanya.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu berkata pihaknya akan terus memantau dan melaksanakan langkah-langkah sewajarnya tepat pada masa bagi mengatasi risiko pandemik itu.

Bagaimanapun, syarikat itu menambah perniagaannya akan disokong oleh nilai perolehan kontrak berjumlah RM3.59 bilion pada 30 Sept, 2020 merangkumi kontrak pembinaan bangunan bernilai RM1.35 bilion yang diperolehi dalam tempoh kewangan.

— BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In