• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini.

Pada penutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 14.53 mata kepada 1,612.11 berbanding 1,597.58 ketika ditutup semalam.

Indeks bergerak antara 1,590.65 dan 1,612.78 sepanjang sesi urus niaga.

Di pasaran lebih meluas, saham untung mengatasi rugi dengan 816 berbalas 412 sementara 627 kaunter tidak berubah, 323 tidak diniagakandan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 8.88 bilion unit bernilai RM4.68 bilion daripada 8.93 bilion unit semalam bernilai RM4.22 bilion. 

Seorang penganalisis berkata dengan lulusnya belanjawan itu, halangan utama dari segi pembiayaan operasi kerajaan serta rancangan pembangunan telahpun selesai.

“Ini akan meningkatkan sentimen pasaran dan berserta persekitaran ekuiti yang positif, keseluruhan pasaran Bursa Malaysia kini bergerak ke arah momentum yang lebih baik sehingga akhir tahun, sekiranya tiada sebarang rintangan,” kata beliau.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang merangkumi Belanjawan 2021, telah diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa ahli Parlimen untuk undi belah bahagi tidak berjaya apabila hanya 13 ahli Parlimen berdiri, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.

Peniaga itu menambah kelulusan belanjawan itu turut menghapuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kerajaan sekali lagi, dalam masa-masa mencabar ini.

Di Bursa Malaysia, Top Glove melantun 40 sen kepada RM7.05 sebahagiannya didorong oleh pembelian semula saham, sementara Telekom Malaysia menambah 16 sen kepada RM5.00, IHH meningkat empat sen kepada RM5.60, dan Axiata naik tiga sen hingga RM3.35.

Dalam kalangan saham aktif, Vivocom turun 5 sen kepada 80.5 sen, AT Systematization naik tiga sen kepada 20 sen dan Xidelang tidak berubah pada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 127.21 mata pada 11,567.64, Indeks FBMT 100 menambah 120.68 mata kepada 11,350.54, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 214.77 mata kepada 13,308.63, dan FBM 70 naik 229.09 mata kepada 14,769.06.

FBM ACE menokok 21.83 mata kepada 10,601.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.80 mata kepada 161.41 dan Indeks Perladangan menambah 36.84 mata kepada 7,350.37. Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 22.27 mata kepada 14.205.14.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.13 bilion saham bernilai RM3.37 bilion daripada 4.78 bilion saham bernilai RM3.47 bilion pada hari Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 852.85 juta unit bernilai RM157.50 juta daripada 648.28 juta unit bernilai RM108.53 juta semalam.

Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.90 bilion saham bernilai RM1.14 bilion daripada 2.50 bilion saham bernilai RM644.99 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 961.18 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.01 bilion), pembinaan (342.30 juta), teknologi (359.26 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.13 juta), harta tanah (183.64 juta), perladangan (47.38 juta), REIT (10.99 juta), dana tertutup (34,600), tenaga (722.17 bilion), penjagaan kesihatan (113.45 juta), telekomunikasi dan media (50.01 juta), pengangkutan dan logistik (173.40 juta) dan utiliti (99.14 juta).

– BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In