Scientex Berhad (Scientx) (KLSE: 4731) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatannya daripada dua jenis perniagaan. Pertama, Scientex merupakan salah sebuah pengeluar produk-produk plastic packaging yang terbesar di Malaysia. Kedua, syarikat ini juga merupakan sebuah pemaju hartanah yang terkenal di Johor dan Melaka.
Nilai pasaran Scientex yang terkini telah mencecah lebih daripada RM6.0 bilion. Ini merupakan satu peningkatan yang berterusan untuk tempoh masa panjang. Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur dalam saham Scientex.
1. Segmen 1 – Plastic Packaging
Segmen ini telah merekodkan pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 16.7% sejak 10 tahun yang lepas, meningkat daripada RM545.0 juta pada tahun 2010 kepada RM2.55 bilion pada tahun 2020. Pertumbuhan ini berpunca daripada peningkatan kapasiti yang berterusan dari usaha-usaha syarikat untuk mengembangkan operasinya secara organik di Malaysia, Vietnam dan Amerika Syarikat dan juga pelaburannya ke dalam syarikat-syarikat seperti berikut:

Nota: Daibochi beli 100% Mega pada harga RM125.0 juta. Maka, Mega secara tidak langsung telah menjadi sebuah syarikat subsidiary bagi Scientex.
Scientex kini beroperasi dengan 19 buah tapak pembuatan di Malaysia, Vietnam, Myanmar dan Amerika Syarikat yang berupaya menghasilkan pelbagai jenis produk seperti plain film, stretch film, barrier film, BOPP film, printed film, shrink film, general film, BOPP film, wicketed bags dan sebagainya.

2. Segmen 2 – Pemaju Hartanah
Untuk segmen ini pula, Scientex telah mencapai peningkatan perolehan CAGR sebanyak 20.5% sejak 10 tahun yang lepas, meningkat daripada RM149.8 juta pada tahun 2010 kepada RM967.5 juta pada tahun 2020. Bermula pada tahun 1995 di Pasir Gudang, Johor; Scientex kini sedang mengusahakan 23 projek pembinaan hartanah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Secara keseluruhanya, Scientex telah merekodkan peningkatan perolehan CAGR sebanyak 17.6% dan 20.5% untuk keuntungan bersih sejak 10 tahun yang lalu. Ia telah meningkatkan perolehan keseluruhannya daripada RM694.8 juta pada tahun 2010 kepada RM3.52 bilion pada tahun 2020.
Oleh demikian, keuntungan bersihnya telah meningkat daripada RM60.3 juta pada tahun 2010 kepada RM390.1 juta pada tahun 2020.


4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2011 sehingga tahun2020, Scientex telah berjaya menjana aliran tunai operasi sebanyak RM3.17 bilion , RM254.7 juta untuk pengeluaran ekuiti bersih, dan RM283.6 untuk pemimjaman bersih hutang jangka masa panjang. Daripada jumlah ini, Scientex telah membayar sejumlah:
– RM1.29 bilion untuk pembelian hartanah untuk dimajukan
– RM968.0 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PP&E)
– RM767.0 juta untuk pelaburan ke dalam syarikat-syarikat subsidiary
– RM132.4 juta untuk kos faedah (finance costs)
– RM592.7 juta untuk pemberian dividen kepada pemegang sahamnya
Scientex telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM23.2 juta pada tahun 2010 kepada RM413.2 juta pada tahun 2020. Terbukti bahawa Scientex merupakan syarikat yang berupaya untuk meningkatkan penjanaan aliran tunai operasinya dan telah memilih untuk melaburkan kebanyakannya bagi mengembangkan lagi perniagaan plastic packaging dan pembinaan hartanah dalam masa tersebut.

5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada tahun 2020, Scientex telah mencatatkan sebanyak RM491.6 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM2.56 bilion dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang terkini bagi Scientex ialah 19.2%. Pada masa tersebut, ianya telah merekodkan RM1.82 bilion dalam aset semasa dan RM1.35 bilion dalam liabiliti semasa.
Oleh itu, ia mempunyai nisbah semasa terkini sebanyak 1.35.
6. Pelan Pertumbuhan – Plastic Packaging
Scientex berniat untuk membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk capital expenditure (CAPEX) bagi 3 tahun yang akan datang. Pelaburan ini termasuklah:
– 1 co-extrusion stretch cast line
(bagi menghasilkan 67-layer stretch film dengan ciri-ciri teknologi nano.)
– 2 extrusion machines
– 2 CPP cast machines
– 3 printing machines
– 16 converting machines
Daripada laporan tahunan Scientex tahun 2020, mesin-mesin tersebut dijangka mula beroperasi pada tahun kewangan 2021 atau awal tahun kewangan 2022.
7. Pelan Pertumbuhan – Pemaju Hartanah
Pada tahun 2020, Scientex telah menambah pembelian tanah untuk dimajukannya dengan membuat pembelian seperti berikut:

Kini, Scientex bercadang untuk melancarkan projek hartanah baru yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2021, hampir dua kali ganda daripada pelancaran hartanah pada tahun 2020 yang bernilai RM885.2 juta .
8. Pengeluaran Saham Bonus
Pada 18 November 2020, Scientex telah mengumumkan rancangannya untuk mengeluarkan sebanyak 2 bonus saham kepada pemegang saham sedia ada dan bagi setiap 5 saham yang dimiliki, pemegang saham akan menerima 1 warrant Scientex secara percuma.
Jika rancangan ini diterima, pengeluaran saham bonus dan warrant Scientex akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.
9. P/E Ratio
Pada 20 November 2020, harga saham Scientex ialah RM11.90 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 13.30 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 13.98 sen. Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2011 sehingga 2020), P/E Ratio terkini adalah lebih tinggi daripada purata dalam 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM11.90 / RM0.757
= 15.72

10. P/B Ratio
Pada tahun 2020, Scientex telah merekodkan sebanyak RM4.97 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 2.39. Kalau kita bandingkan dengan P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2011 – 2020), ianya adalah lebih tinggi daripada purata untuk 10 tahun yang lepas.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 11.90 / RM 4.97
= 2.39

11. Kadar Dividen
Pada 2020, Scientex telah membayar 23.0 sen dalam Dividend Per Share (DPS) kepada pemegang sahamnya. Kadar dividen terkini untuk Scientex ialah 1.93%. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ianya lebih rendah daripada nilai puratanya sebanyak 3.38% sejak 10 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.23 / RM 11.90) x 100%
= 1.93%

Kesimpulan:
Kesimpulanya

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham Scientex? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)