• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Suku Ke Tiga Kumpulan AirAsia Meningkat Kepada RM851.78 Juta

in Catalyst
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Kerugian bersih AirAsia Group Bhd meningkat kepada RM851.78 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020, daripada RM51.44 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil merosot 86 peratus kepada RM442.91 juta semasa suku tersebut daripada RM3.07 bilion sebelumnya apabila pandemik COVID-19 terus menjejaskan permintaan penerbangan, kata kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu berkata ia akan terus melaksanakan langkah-langkah pengekangan kos termasuk mengurangkan tenaga kerja dan memotong gaji pengurusan, kakitangan dan para pengarah.  

Usaha untuk mengekalkan tunai, termasuk rundingan bagi penstrukturan semula pembayaran dengan pemajak, pembekal dan rakan kongsi, serta penyusunan semula kedudukan lindung nilai bahan api juga telah diambil di samping menguruskan kapasiti agar selari dengan permintaan, kata syarikat itu.

Sementara itu Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam dalam satu kenyataan berasingan berkata kumpulan tersebut berjaya mengurangkan kos tetap sebanyak 50 peratus pada suku ketiga 2020 dengan kos penyenggaraan tetap mencatatkan penurunan ketara sebanyak 68 peratus berikutan pengotimuman aset. 

Beliau berkata kos kakitangan turun sebanyak 51 peratus berikutan rasionalisasi jumlah pekerja dan pemotongan gaji manakala perbelanjaan operasi lain turun 40 peratus dengan kawalan kos ketat bagi perbelanjaan pemasaran, sewa dan teknologi maklumat. 

“Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk meningkatkan beransur-ansur operasi kami secara berperingkat bermula dengan mengukuhkan kedudukan kami di dalam negara di semua pasaran utama kerana sempadan masih lagi ditutup. 

“Bagi suku keempat, kami menjangka mengendalikan sehingga 31 peratus daripada kapasiti domestik praCOVID-19 bagi AirAsia Malaysia, 47 peratus bagi AirAsia Indonesia dan 13 peratus bagi AirAsia Philippines,” katanya.

Lingam menjangka AirAsia Thailand mengatasi kapasiti domestik praCOVID-19 pada akhir tahun manakala AirAsia India beroperasi sehingga 67 peratus.

Menurutnya, kumpulan itu sedang meneroka peluang operasi penerbangan tempatan di IndoChina. 

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In