fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Terus Dapat Momentum Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia terus mendapat momentum secara menyeluruh pada tengah hari ini, meningkat semula daripada penurunan sebelum ini, didorong oleh momentum positif global terhadap ekuiti dan niaga hadapan.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 15.44 mata kepada 1,593.83 daripada 1,578.39 semasa ditutup semalam.

Pasaran dibuka tinggi 3.92 mata kepada 1,582.31.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 650 berbanding 378, manakala 717 kaunter tidak berubah, 431 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 5.24 bilion bernilai RM2.29 bilion.

Seorang penganalisis berkata momentum positif itu didorong oleh kenaikan saham Amerika Syarikat (AS), terutamanya S&P500 dan Dow Jones Industrial Average, mendorong kepada peningkatan saham Asia yang lain.

“Memandangkan kemelut politik AS telah selesai dan dan peralihan kepada Presiden Joe Biden telah bermula, pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi mengenai masa depan perdagangan, terutamanya melibatkan hubungan yang lebih baik antara AS dan China,” katanya. 

Di Bursa Malaysia, sektor kitaran di FBM KLCI mencatatkan kenaikan diterajui oleh Public Bank, yang menambah 46 sen kepada RM18.84, Telekom Malaysia meningkat 15 sen kepada RM4.75, Maybank naik lapan sen kepada RM8.21, dan Press Metal menokok 25 sen kepada RM6.35. 

Dalam kalangan saham cergas, Sapura Energy menambah satu sen kepada 12.5 sen, AT Systematization dan KNM, masing-masing naik 1.5 sen kepada 17 sen dan 21 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 103.44 mata kepada 11,429.16, Indeks FBMT 100 menambah 101.36 mata kepada 11,217.05, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 63.53 mata kepada 13,076.79, dan FBM 70 naik 103.06 mata kepada 14,576.80.

FBM ACE meningkat 179.99 mata kepada 10,666.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.93 mata kepada 158.61, Indeks Perladangan naik 19.65 mata kepada 7,287.98, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 248.48 mata kepada 14,1218.90.

— BERNAMA

Share327ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In