fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Pasaran Global

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengatasi penyusutan semalam apabila ditutup tinggi hari ini, didorong oleh prestasi pasaran ekuiti dan hadapan global yang positif.

Sewaktu ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 19.19 mata kepada 1,597.58 berbanding 1,578.39 semalam.

Pasaran itu dibuka dengan menokok 3.92 mata kepada 1,582.31 dan berlegar dalam jajaran 1,582.31 hingga 1,600.20 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 653 berbanding 496 manakala 640 kaunter lain tidak berubah, 387 tidak diniagakan dan 24 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.93 bilion saham bernilai RM4.22 bilion berbanding 8.36 bilion saham bernilai RM4.28 bilion semalam.

Seorang penganalisis berkata Asia menjadi tumpuan pelabur, lebih-lebih lagi disokong oleh kemampuannya menangani pandemik COVID-19 selain kemungkinan vaksin ditawarkan pada suku pertama 2021.

“Para pelabur kini menumpukan strategi termasuk melakukan pembelian bergilir-gilir membabitkan saham-saham yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19 seperti saham penerbangan dan pelancongan.

“Walaupun terdapat segelintir pelabur yang mungkin beralih ke Eropah, namun ramai sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan terhadap saham-saham Asia pada masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan Bursa Malaysia hari ini berkemungkinan besar akan terjejas sekiranya undian membabitkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat esok menyaksikan perkembangan sebaliknya.

“Kalangan perniagaan misalnya amat mengharapkan belanjawan itu untuk mendapatkan bantuan selain peruntukan perbelanjaan pembangunan manakala penjawat awam pula bergantung dari segi gaji mereka,” katanya.

Di Bursa Malaysia, sektor-sektor di FBM KLCI mencatat peningkatan yang didahului oleh Public Bank dengan menokok 54 sen kepada RM18.20, Telekom Malaysia naik 24 sen kepada RM4.84, Maybank meraih sembilan sen kepada RM8.22 dan Press Metal menambah 30 sen kepada RM6.40.

Saham-saham aktif menyaksikan Sapura Energy naik satu sen kepada 12.5 sen, AT Systematization meningkat 1.5 sen kepada 17 sen dan VSolar tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks pula menyaksikan Indeks FBM Emas melonjak 114.71 mata kepada 11,440.43, Indeks FBMT 100 naik 114.17 mata kepada 11,440.43, Indeks FBMT 100 meningkat 114.17 mata kepada 11,229.86, Indeks Syariah FBM Emas naik 80.60 mata kepada 13,093.86, dan FBM 70 menambah 66.24 mata kepada 14,539.97.

FBM ACE menokok 99.35 mata kepada 10,579.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.93 mata kepada 158.61, Indeks Perladangan menambah 45.20 mata kepada 7,313.53 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 256.99 mata kepada 14,227.41.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bagaimanapun merosot kepada 4.78 bilion unit bernilai RM3.47 bilion berbanding 4.23 bilion unit bernilai RM3.31 bilion pada Selasa.

Selain itu, jumlah waran meningkat kepada 648.28 juta saham bernilai RM108.53 juta daripada 526.34 juta saham bernilai RM88.62 juta semalam.  

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menambah kepada 3.50 bilion saham bernilai RM644.99 juta daripada 3.20 bilion saham bernilai RM880.76 juta yang diraih, semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 628.18 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (932.48 juta), pembinaan (169.19 juta), teknologi (317.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (84.61 juta), hartanah (253.93 juta), perladangan (57.55 juta), REIT (9.51 juta), dana tertutup (64,100), tenaga (1.94 bilion), penjagaan kesihatan (107.57 juta), telekomunikasi dan media (44.73 juta), pengangkutan dan logistik (174.08 juta) manakala utiliti (64.07 juta).

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

24 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In