fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan perkembangan saham global yang positif berikutan unjuran ekonomi yang lebih baik. 

Sehingga 9.17 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.75 mata kepada 1,585.14 daripada 1,578.39 semasa ditutup semalam.

Pasaran dibuka tinggi 3.92 mata kepada 1,582.31.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 426 berbanding 210, manakala 1,049 kaunter tidak berubah, 491 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.45 bilion bernilai RM452.15 juta.

Seorang penganalisis berkata kenaikan semalaman dalam saham Amerika Syarikat (AS) menyebabkan saham Asia lain turut meningkat.

“Tempoh yang baik untuk ekuiti telah kembali berikutan peralihan politik di AS telah berkurangan susulan pemenang pilihan raya Presiden Joe Biden menamakan Janet Yellen (ahli ekonomi) bagi jawatan (setiausaha perbendaharaan) untuk Jabatan Perbendaharaannya yang menunjukkan keutamaan dasarnya,” katanya. 

Bloomberg melaporkan aliran meningkat ekuiti global diteruskan pada Rabu selepas saham AS naik kepada paras baharu, dengan tunai terus dicatatkan dalam sektor kitaran.

“Saham Asia dibuka tinggi dan niaga hadapan dalam Indeks S&P 500 meningkat selepas indeks ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa dan Dow Jones Industrial Average melepasi 30,000 untuk kali pertama,” katanya. 

Di kaunter Malaysia, saham kitaran, yang berkaitan pengguna, kewangan dan hartanah, telah menunjukkan momentum meningkat.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Public Bank menambah 30 sen kepada RM18.68, Telekom Malaysia meningkat 18 sen kepada RM4.78, Maybank naik lima sen kepada RM8.18 dan Press Metal menokok 10 sen kepada RM6.20. 

Dalam kalangan saham cergas, Sapura Energy menambah satu sen kepada 12.5 sen, AT Systematization dan Mtouche, masing-masing naik 1.5 sen kepada 17 sen dan 8.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 58.41 mata kepada 11,383.86, Indeks FBMT 100 naik 53.93 mata kepada 11,169.62, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 38.59 mata kepada 13,051.85 dan FBM 70 menambah 95.18 mata kepada 14,596.01.

FBM ACE naik 54.89 mata kepada 10,535.02, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.31 mata kepada 157.99, Indeks Perladangan meningkat 8.0 mata kepada 7,276.33 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 127.43 mata kepada 14,097.84.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In