fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat kepada RM148 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 daripada RM113.16 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. 

Perolehan pada suku tahun itu naik kepada RM1.48 bilion daripada RM1.04 bilion pada tahun sebelumnya berikutan aktiviti yang kukuh daripada segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M), katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Katanya O&M menyumbang 83.7 peratus daripada perolehan pada suku ketiga 2020 berikutan aktiviti yang lebih tinggi daripada aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di rantau Timur Tengah seperti Qatar, Oman dan Bahrain serta Malaysia.

“Aktiviti pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan (IRM) turut menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding suku ketiga 2019, yang mewakili 17.9 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Rantau Timur Tengah terus menjadi penyumbang perolehan tertinggi kepada syarikat di peringkat serantau dengan 64.3 peratus daripada keseluruhan perolehan pada suku tahun itu, katanya.

Serba Dinamik berkata keuntungan bersih setakat ini pada tahun ini meningkat kepada RM429.59 juta daripada RM355.76 juta tahun ke tahun manakala perolehan naik kepada RM4.19 bilion daripada RM3.17 bilion pada tahun sebelumnya.

Mengenai masa depan, Serba Dinamik berkata ia terus berhati-hati dan positif dalam mencari peluang perniagaan selain mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran, di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Syarikat terus memberikan perkhidmatan bagi kontrak yang sedia ada terutamanya kontrak O&M tanpa gangguan yang ketara di sebalik pandemik COVID-19 pada masa ini berikutan kebanyakan operasi kami adalah industri penting seperti minyak dan gas, penjanaan tenaga serta air dan utiliti,” katanya.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

13 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

19 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In