• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Jika Tidak Mampu Beli Rumah Untuk Pelaburan, Belilah Saham Yang Baik Untuk Diperam

in Trading Idea
A A
Jika Tidak Mampu Beli Rumah Untuk Pelaburan, Belilah Saham Yang Baik Untuk Diperam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sudah menjadi impian semua orang untuk memiliki rumah sebagai tempat berlindung seisi keluarga. Namun melihat kepada keadaan ekonomi hari ini, memang agak sukar bagi kita untuk membuat keputusan membeli rumah dalam masa terdekat. Apabila seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan orang ramai mula kehilangan kuasa membeli kerana perlu berjimat-cermat.

Tahun 2020 sememangnya amat mencabar bagi semua pihak. Melihat keadaan ini, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan beberapa program untuk membantu rakyat. Di antaranya adalah Dasar Perumahan Negara (2018-2025), Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), Program Perumahan Rakyat (PPR), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan banyak lagi.

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kami faham bahawa ramai yang tidak mampu untuk beli rumah untuk pelaburan kerana inginkan simpanan wang (reserve cash) bagi menghadapi kesukaran yang mendatang. Sekiranya telah mempunyai simpanan yang mencukupi, boleh juga untuk mempertimbangkan untuk melabur ke dalam pasaran saham.

Ya, melabur di dalam pasaran saham ada risikonya. Tinggi pula tu risiko yang perlu dihadapi. Namun sekiranya kita melabur dalam pasaran saham dengan ilmu yang betul, nescaya risiko tersebut boleh dikurangkan. Daripada kita peram duit di dalam akaun simpanan tetap (Fixed Deposit) yang pulangannya agak rendah, apa kata kita peram duit dalam pelaburan saham dan biarkan ia berkembang di sana.

Lihat sahaja apa yang terjadi terhadap saham Greatec yang baru disenaraikan pada bulan Jun tahun lepas. Harga Greatec ketika baru mula-mula IPO hanyalah 61 sen. Hari ini, kita boleh lihat harganya telah mencecah RM9.10. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 1391.80% dalam masa tak sampai 2 tahun.

Sumber : Trading View

Greatec adalah saham yang baik untuk diperam sekiranya kita peram sejak dari awal permulaan uptrend dahulu.

Mari kita lihat senarai 5 kaunter saham yang baik untuk diperam yang mempunyai potensi untuk naik dalam jangka masa panjang

1. Tenaga Nasional Berhad (Tenaga)

Sumber : Trading View

Pada ketika artikel ini ditulis, harga Tenaga hanyalah RM11.32. Harga tertinggi yang pernah dicapai oleh Tenaga adalah sekitar RM16. Kajian daripada sudut fundamental menunjukkan syarikat ini mempunyai asas fundamental yang baik. Oleh kerana Tenaga berjaya membuat keuntungan yang baik, maka Tenaga mampu memberi dividen kepada pemegang sahamnya.

Laporan kewangan yang berakhir tahun 2019, Tenaga telah mencatatkan pengagihan dividen sebanyak RM1 bagi setiap saham yang dimiliki para pelabur. Dalam bentuk peratusan pula kadar dividen Tenaga adalah setinggi 8.79%. Ia sememangnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan instrumen lain yang ada.

2. Bursa Malaysia Berhad (BURSA)

Sumber : Malaysiastock.biz

Semakin ramai yang membuka akaun CDS dan mula melabur saham, maka semakin meriah Bursa Malaysia. Kehadiran ramai pelabur runcit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan volume dagangan di Bursa Malaysia mencecah berbilion unit setiap hari.

Perkara ini juga memberi keuntungan kepada Bursa di mana kita dapat menyaksikan Bursa mencatatkan rekod keuntungan tertinggi yang pernah dicapai bagi sesebuah suku tahunan.

Kaunter Bursa menjadi pilihan untuk diperam kerana dijangka semakin ramai yang akan celik pengetahuan dalam bidang pelaburan saham. Hal ini memberi kesan yang positif kepada pendapatan Bursa di masa hadapan.

3. Duopharma Biotech Berhad (DPHARMA)

Sumber : Malaysiastock.biz

Adakah anda semua masih ingat ketika Covid-19 mula melanda seluruh dunia awal tahun ini? Ketika itu, kaunter sarung tangan menjadi kegilaan orang ramai. Harga kaunter sarung tangan seperti Topglov, Harta dan Supermax naik mendadak kerana permintaan yang tinggi. Ada juga kaunter yang pada asalnya hanya bersen-sen, kini berharga beringgit-ringgit pula.

Sejak kebelakangan ini, vaksin telah berjaya ditemui dan memberi sinar baru kepada penduduk seluruh dunia. Sekiranya glove mania pernah terjadi bulan Mac sehingga Mei yang lalu, maka tidak mustahil vaksin mania juga akan berlaku.

Meskipun terdapat banyak syarikat yang telah mengumumkan penglibatan dalam penghasilan dan pengedaran vaksin Dpharma menjadi pilihan kami kerana Dpharma merupakan leader kepada sektor penjagaan kesihataan ini di samping Dpharma bakal menjadi syarikat yang akan membotolkan vaksin tersebut di Malaysia kelak. Prestasi kewangan Dpharma juga adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kaunter-kaunter lain di dalam sektor yang sama.

Siapa tahu Dpharma akan membuat bull rally seperti Topglove, Harta dan Supermax kelak apabila vaksin tersebut sampai di Malaysia nanti.

4. Serba Dinamik (SERBADK)

Sumber : Trading View

Sektor minyak dan gas bukanlah sektor yang menarik buat masa ini. Namun, nama pun untuk diperam dan sudah pasti saham yang bakal dibeli adalah untuk jangka masa yang lama. Syarikat dalam sektor minyak dan gas yang menjadi pilihan sudah pastinya Serba Dinamik. Sebelum pandemik, harganya pernah mencecah sekitar RM2.485. Melihat kepada carta, kini Serba Dinamik masih sedang di dalam keadaan sideways di sekitar RM1.66.

Melihat kepada kebolehan syarikat yang gah seperti Serba Dinamik yang mampu mendapat projek bernilai berbilion ringgit, tidak mustahil mereka akan kembali ke harga sebelum pandemik. Serba Dinamik turut mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM147.88 juta bagi suku kedua tahun 2020. Walaupun berdepan dengan kegawatan ekonomi dan harga minyak dunia yang merudum, Serba Dinamik masih berjaya membuat keuntungan yang tinggi.

5. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Sumber : Trading View

Sekiranya ada yang berminat dengan kaunter bank tetapi mengalami kesukaran untuk mencari kaunter perbankan yang patuh syariah, mudah sahaja kerana Bank Islam Malaysia Berhad adalah kaunter perbankan yang patuh syariah. Diam-diam ubi berisi, BIMB sebenarnya mempunyai asas fundamental yang agak baik. BIMB sentiasa mencatatkan keuntungan ratusan juta pada setiap suku.

Sumber : Malaysiastock.biz

Kita dapat lihat bagaimana BIMB mengagihkan dividen setiap tahun dan trendnya menaik sejak dari tahun 2010 lagi. Kaunter BIMB ini dilihat menarik kerana di samping para pelabur dijangka akan mendapat pulangan dari keuntungan modal (capital gain) , para pelabur turut akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share934ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In