• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Boustead Plantations Catat Keuntungan Bersih RM17.97 Juta Bagi Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Boustead Plantations Catat Keuntungan Bersih RM17.97 Juta Bagi Suku Ketiga

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Boustead Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM17.97 juta dalam suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2020, berbanding kerugian bersih RM34.31 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat 48 peratus kepada RM205.68 juta daripada RM139.24 juta disebabkan harga produk sawit yang bertambah baik yang menyumbang keuntungan sebanyak RM40.3 juta daripada operasi.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata purata harga jualan minyak sawit mentah berada pada RM2,772 setan metrik, mengatasi harga pada suku yang sama tahun lepas pada RM2,026 setan metrik, iaitu peningkatan sebanyak RM746 setan metrik atau 37 peratus.

Sementara itu harga purata isirung sawit melonjak sebanyak 30 peratus atau RM343 setan metrik kepada RM1,481 setan metrik pada suku ketiga, manakala pengeluaran tandan buah segar (FFB) meningkat kepada 273,625 tan metrik daripada 239,572 tan metrik pada  suku ketiga 2019.

Boustead Plantations berkata prospek kumpulan bagi tempoh berbaki tahun ini akan banyak dipacu oleh harga MSM, pengeluaran tanaman dan kejayaan pelaksanaan program transformasi kumpulan.  

“Program transformasi kami berjalan lancar dan meskipun beberapa gangguan kepada inisiatif produktiviti disebabkan sekatan semasa pandemik, kami berada di landasan untuk mencapai objektif kami,” katanya. 

Syarikat itu berkata semakan menurun baru-baru ini anggaran tanaman kacang soya, biji bunga matahari dan bijian minyak lain telah mencetuskan belian besar-besaran dan menyokong harga MSM meningkat ke zon RM3,000.

Oleh itu, ia menjangka harga MSM bagi tempoh berbaki tahun ini akan terus disokong oleh permintaan kukuh terhadap minyak sawit yang dilihat dari China, India. Eropah dan Pakistan. H

Permintaan kukuh global dan pengeluaran lebih rendah daripada yang dijangkakan akan mengekalkan inventori minyak sawit Malaysia pada paras yang rendah. 

“Perkembangan cuaca menjadi faktor penentu utama bagi harga MSM dan minyak sayuran lain dalam tempoh suku berbaki tahun ini terutamanya dengan pola cuaca La Nina sekarang,” kata syarikat itu.

— BERNAMA 

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In