Sejak dunia digemparkan dengan pandemik Covid-19 pada Mac 2020, satu dunia terpaksa menanggung impak negatifnya. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh dunia, sektor pelancongan dan sektor oil & gas merupakan sektor yang paling teruk terkesan.


Harga minyak mentah dunia mula jatuh dengan teruk selepas World Health Organisation (WHO) mengistiharkan wavak Covid-19 sebagai pendemik pada pertengahan Mac 2020. Harga minyak mentah dunia terus jatuh selepas itu dan pada 20 April 2020, minyak mentah Crude mencatatkan harga terendah dalam sejarah iaitu pada harga negatif USD0.05 setong. Minyak mentah Brent pula mencatatkan harga terendah sejak 20 tahun yang lalu pada USD15.87 setong.
Kesan Terhadap Harga Saham Syarikat
Dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang mendadak ini, harga saham syarikat-syarikat di dalam sektor minyak ini juga jatuh dengan mendadak.
Uzma Berhad (Uzma)

Uzma Berhad menbuat gap down pada 9 Mac 2020 dan meneruskan fasa aliran menurun sehingga harga mencecah sekitar RM0.315 seunit.
Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang)

Sama seperti Uzma, Dayang juga membuat gap down dengan ketara daripada harga sekitar RM2.125 kepada sekitar RM1.625 seunit. Harga saham syarikat ini terus menurun pada hari-hari berikutnya sehingga mencecah RM0.75 sesaham.
Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus)

Harga saham Hibiscus juga membuat gap down daripada RM0.75 pada 8 Mac 2020 kepada sekitar RM0.475 seunit dan memeruskan penurunan sehingga mencecah harga sekitar RM0.275 seunit.
Semua carta kaunter minyak membuat corak yang sama akibat daripada penularan pandemik Covid-yang mula merebak sejak November 2019 ini. Penurunan harga saham-saham syarikat yang mendadak ini boleh telah menyebabkan saham-saham syarikat sektor minyak ini menjadi undervalue atau di bawah nilai intrisik yang sebenar jika kita membandingkan harga saham yang didagangkan dengan potensi syarikat tersebut.
Kesan Terhadap Pendapatan Syarikat
Dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan ditambah dengan pengurangan permintaan minyak atas faktor perintah kawalan pergerakan yag dilaksanakan, pendapatan syarikat di dalam sektor ini juga merosot dengan ketara.
Uzma Berhad (Uzma)

Sumber: KLSE Screener
Pendapatan syarikat Uzma untuk empat suku terkini menunjukan pendapatan pada suku keempat terjejas teruk dengan kerugian sebanyak RM45.22 juta dan mengalami kemerosotan sebanyak 535.7% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang)

Sumber: KLSE Screener
Dayang pula mencatatkan kerugian sebanyak RM985 ribu untuk suku terkini. Syarikat ini juga mencatakan kemerosotan pendapatan sebanyak 101.8% berbanding dengan suku yang sama pada tahun lepas.
Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus)

Sumber: KLSE Screener
Syarikat Hibiscus pula mencatatkan kerugian sebanyak RM145.19 juta atau bersamaan dengan pertumbuhan negatif sebanyak 687.3% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Berakhirnya Downtrend Line Kaunter Berkaitan Sektor Minyak
Sejak kebelakangan ini, perkembangan penemuan vaksin untuk virus Covid-19 oleh syarikat seperti Pfizer memberikan harapan bahawa ekonomi dunia akan kembali pulih seperti sediakala. Dengan catalyst yang baik ini, syarikat-syarikat yang terkesan daripada kemelesatan ekonomi terutamanya sektor oil & gas, harga sahamnya dilihat membuat peralihan fasa atau trend line.
Uzma Berhad (Uzma)

Pada 10 November 2020, kaunter Uzma telah mematahkan downtrend line untuk tiga bulan terkini dan dilihat sedang membuat perubahan trend atau pasar aliran daripada fasa aliran menurun (downtrend) kepada fasa aliran menaik (uptrend).
Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang)

Sama seperti kunter Uzma, kaunter Dayang juga telah mematahkan downtrend line pada 10 November 2020 dan dilihat sedang membuat perubahan trend kepada fasa aliran menaik.
Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus)

Kaunter Hibiscus juga membuat reversal dan mematahkan downtrend line pada 10 November2020 dan dijangkakan untuk membuat fasa aliran menaik.
Ketiga-tiga kaunter di atas menunjukan corak yang sama dengan mematahkan downtrend line pada 10 November 2020 dan dilihat bahawa fasa aliran menurun untuk kaunter-kaunter minyak sudah berahkir dan bakal disusuli dengan fasa aliran menaik lepas ini. Ini bermakna para pelabur sudah boleh mempertimbangkan untuk membeli kaunter-kaunter saham yang berkaitan dengan sektor minyak dan gas dan peram sehingga harga saham ini kembali kepada nilai sebenarnya.
Namun adakah benar fasa aliran menaik akan menyusul selepas ini atau harga saham-saham ini akan membuat fasa aliran mendatar atau accumulation phase sehingga menyebabkan duit pelaburan kita tersangkut pada harga yang sama sahaja?
Oleh itu, kajian yang terperinci perlu dilakukan oleh pelabur terutamanya dengan perkembangan sentimen dan pemangkin terhadap perubahan ekonomi semasa. Jika kita yakin dengan kajian dan menjangkakan pemulihan ekonomi dunia dan harga minyak mentah dunia akan berlaku, memang boleh perhatikan saham-saham yang berkaitan dengan sektor oil & gas.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)