Serba Dinamik ditubuhkan pada tahun 1993 di Bintulu, Sarawak oleh Dato’ Dr. Ir. Ts. Mohd Abdul Karim bin Abdullah. Beliau menubuhkan Serba Dinamik untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan penyelesaian kejuruteraan kepada industri minyak dan gas.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Serba Dinamik.
1. Prestasi Kewangan Yang Memberangsangkan

Meskipun sektor minyak dan gas sedang berada dalam situasi yang kurang baik, namun Serba Dinamik tetap berjaya membuat keuntungan bersih yang tinggi iaitu sebanyak RM147.88 juta bagi suku kedua tahun 2020. Malah, ia merupakan rekod terbaik yang pernah dicapai oleh Serba Dinamik bagi sesebuah suku tahunan. Hal ini didorong oleh kecekapan pihak pengurusan syarikat itu sendiri dalam memperoleh banyak projek di dalam dan luar negara.
Pihak pengurusan juga dengan pantas mempelbagaikan aktiviti perniagaan syarikat yang melihatkan syarikat ini bakal menerokai bidang teknologi maklumat pula. Untuk makluman semua, syarikat ini belum pernah mencatatkan sebarang kerugian sejak tahun 2017 lagi.
2. Pemilik Utamanya Turut Memiliki Pegangan Di Beberapa Syarikat Lain

Selain memiliki pegangan terbesar di syarikat miliknya sendiri iaitu Serba Dinamik, Dato’ Karim turut memiliki pegangan di beberapa syarikat lain seperti Sarawak Consolidated Industries (SCIB) dan Kumpulan Powernet (KPOWER) yang mana kedua-dua buah syarikat ini turut tersenarai dalam Bursa Malaysia. Sekiranya pernah dengar teknik yang bernama “Mirroring Stock”, ianya adalah penting bagi untuk kita tahu pegangan saham oleh seseorang individu.
Ini kerana ada masa terjadinya saham yang dimiliki oleh individu yang sama akan bergerak seiringan. Satu saham naik, saham mirror yang lain pun naik juga.
3. Serba Dinamik Mula Kurangkan Kebergantungan Kepada Perolehan Minyak
Menjelang tahun 2022, Serba Dinamik menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan syarikat terhadap perolehan minyak dan gas kepada kira-kira 40 hingga 45 peratus. Terbaharu, Serba Dinamik telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan melalui kerjasama tersebut; pihak Huawei akan menyediakan teknologi 5G, perkhidmatan awam dan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) untuk merealisasikan transformasi digital Serba Dinamik.
Syarikat ini merancang untuk meningkatkan perolehan teknologi kepada tujuh peratus atau RM350 juta tahun ini dan sekali ganda menjelang tahun 2021.
4. Kadar Dividen

Serba Dinamik telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2017. Sejak dari itu, syarikat tidak pernah gagal berkongsi keuntungan dalam bentuk dividen dengan para pelabur. Pada tahun 2017, syarikat ini mengagihkan 6.8 sen bagi setiap unit saham yang dimiliki pelabur. Pada tahun 2018 sebanyak 8 sen seunit dan pada tahun seterusnya pula sebanyak 7.51 sen seunit. Para pelabur mungkin akan melihat sedikit kurang dividen yang akan diberikan oleh Serba Dinamik kerana syarikat ini dijangka akan menumpukan terhadap perkembangan syarikat. Menurut info yang diambil daripada Bursa Marketplace, kadar hasil dividen (dividend yield) bagi syarikat ini adalah 2.93%.
5. Siapa Pemilik Utama Serba Dinamik?

Sebagai pengasas syarikat, sudah tentu Dato’ Karim memiliki pegangan yang terbesar di dalam Serba Dinamik. Selain Dato’ Karim, di antara individu lain yang berada dalam senarai pelabur sepuluh teratas adalah Dato’ Awang Daud yang merupakan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan. Seterusnya, kita dapat melihat beberapa institusi tempatan turut memegang sejumlah besar saham sepertiKWSP, PNB, Kementerian Kewangan Negeri Sarawak, Lembaga Tabung Haji, dan lain-lain.
6. Ringkasan Prestasi Kewangan Serba Dinamik
Bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2020, perolehan Serba Dinamik mencatatkan peningkatan sebanyak 28% kepada RM2.72 bilion. Pendapatan bersih syarikat pula meningkat 16% kepada RM281.61 juta. Perolehan ini adalah hasil peningkatan sebanyak 27% kepada RM2.31 bilion segmen operasi dan penyelenggaraan, segmen servis EPCC meningkat sebanyak 12% kepada RM288.9 juta, segmen projek di UAE meningkat sebanyak 80% kepada RM736.2 juta, dan segmen projek di Qatar meningkat sebanyak 32% kepada RM689.8 juta.
7. Keuntungan Bersih

Pada tahun 2016, keuntungan bersih syarikat adalah sebanyak RM151.83 juta. Namun pada tahun seterusnya, keuntungan bersih syarikat meningkat sekali ganda kepadaRM 308.09 juta. Ia terus meningkat dari setahun ke setahun.
8. Analisa Teknikal Serba Dinamik

Berdasarkan carta, Serba Dinamik dilihat sedang berada dalam fasa sideways dan masih berlegar-legar dalam kawasan paras sokongan dan rintangan. Sekiranya berjaya memecah paras rintangan RM1.85, harga saham berpotensi untuk terus membuat kenaikan. Harga saham juga masih jauh perjalanannya berbanding sebelum kejatuhan pada Mac yang lalu, di mana harga saham adalah RM2.48.
9. Kedudukan Kewangan Terkini

Serba Dinamik mencatatkan RM7.54 bilion di dalam aset semasa dan RM4.47 bilion di dalam liabiliti semasa. Maka nisbah semasa bagi Serba Dinamik ialah 1.69. Nisbah hutangnya adalah sebanyak 122.04%.
10. Nisbah P/E (P/E Ratio)
Terkini, harga seunit saham Serba adalah RM1.69. Ia telah menjana sebanyak 16.1 sen di dalam perolehan sesaham atau Earnings Per Share (EPS). EPS adalah untung bersih syarikat yang dibahagi dengan bilangan saham biasa yang dimiliki oleh pemegang saham.
Nisbah P/E Terkini :
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih Bagi Sesaham
= RM 1.69 / RM 0.161
= 10.50
Berdasarkan kepada poin-poin di atas, sesuai ke tidak untuk kita melabur ke dalam Serba Dinamik?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)