fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Usaha Pelancaran Vaksin Global Tolak Naik Ekuiti Pasaran Untuk Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini selaras dengan momentum positif pasaran-pasaran ekuiti di negara membangun berikutan perkembangan inisiaitif global terhadap vaksin COVID-19 pada hujung minggu.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.99 mata kepada 1,596.74 selepas dibuka 0.49 rendah pada 1,583.26.

Saham-saham untung mengatasi rugi dengan 365 berbalas 183 sementara 349 kaunter tidak berubah, 1,272 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 772.42 juta bernilai RM246.58 juta.

Seorang penganalisis berkata perkembangan positif yang dilaporkan oleh peserta vaksin utama telah merancakkan ekuiti global terutamanya saham negara membangun dengan harapan tinggi bahawa COVID-19 akan berakhir tidak lama lagi.

“Selepas hampir setahun pasaran global berjuang, para pelabur begitu positif pasaran akan pulih dalam suku pertama tahun hadapan,” kata beliau.

Menurut Bloomberg, saham, mata wang dan bon negara-negara membangun meningkat untuk minggu ketiga berturut-turut dalam tempoh lima hari sehingga Jumaat minggu lepas kerana prospek pelancaran vaksin koronovirus pada bulan-bulan akan datang telah berjaya mengatasi kebimbangan mengenai peningkatan penularan yang akan menjuruskan kepada sekatan pergerakan yang lebih ketat dalam tempoh terdekat.

Penemuan daripada peringkat akhir kajian vaksin AstraZeneca (Astra) akan dikeluarkan berikutan kejayaan percubaan daripada Pfizer Inc dan Moderna Inc.

Amerika Syarikat merancang melancarkan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu ini sementara United Kingdom mengumumkan sekatan kuarantin akan mereda menjelang Krismas dan kerajaan Perancis merancang pelonggaran fasa ketiga langkah-langkah sekatan pergerakan mulai Disember.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikan berkata saham-saham berharga murah mungkin akan bergerak tinggi, dipacu oleh belian berpilih sementara pelabur akan terus memberi fokus kepada pengumuman pendapatan korporat serta sesi undian untuk Belanjawan 2021 di Parlimen minggu ini.

Di Bursa Malaysia, saham berwajaran tinggi Public Bank menokok 34 sen kepada RM18.64, Top Glove naik sembilan sen kepada RM7.38, Hartalega pada RM14.54 dan MISC naik lima sen kepada RM7.05.

Dalam kalangan saham paling cergas, Metronic menambah dua sen kepada 12.5 sen, sementara NETX, P.A Resources dan AT Systematization, masing-masing naik setengah sen kepada 15 sen, 15.5 sen dan 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.01 mata pada 11,489.98, Indeks FBMT 100 menambah 22.89 mata kepada 11,489.98, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 26.10 mata kepada 13,251.98, dan FBM 70 megembang 36.94 mata kepada 14,771.98.

FBM ACE naik 12.21 mata kepada 11,165.74, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.64 mata kepada 160.82, sementara Indeks Perladangan turun 30.95 mata kepada 7,313.53, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 4.40 mata kepada 14.018.92.

– BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In