• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Kekal Positif Pada Sesi Tengah Hari, Didorong Oleh Kenaikan Di Kaunter Tenaga, Pengangkutan

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia kekal positif pada sesi dagangan tengah hari ini dengan kaunter tenaga dan pengangkutan menunjukkan momentum pengukuhan, didorong oleh kenaikan harga minyak dan penyambungan semula projek infrastruktur mega.

Sementara itu, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang terdiri daripada 30 kaunter teratas berdasarkan kepada permodalan pasaran, meningkat 1.29 mata kepada 1,595.04 pada pukul 12.30 tengah hari selepas dibuka 0.49 mata lebih rendah pada 1,583.26.

Saham untung mengatasi rugi dengan 548 berbalas 499 manakala 463 kaunter tidak berubah, 659 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.97 bilion bernilai RM2.15 bilion.

Indeks tenaga menokok 2.95 peratus, dirangsang oleh harga minyak yang lebih baik dengan minyak mentah Brent melepasi paras US$45 setong manakala indeks pengangkutan mengembang 2.26 peratus berikutan laporan menyatakan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura telah dimulakan.

Di bursa tempatan, Public Bank turun dua sen kepada RM18.28, Top Glove naik 10 sen kepada RM7.39, Hartalega pada RM14.56 dan MISC meningkat lima sen kepada RM7.05.

Dalam kalangan saham cergas, Metronic menambah 1.5 sen kepada 12.0 sen, sementara NETX naik setengah sen kepada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.97 mata pada 11,485.85, Indeks FBMT 100 mengukuh 18.68 mata kepada 11,265.56, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 45.37 mata kepada 13,267.14, dan FBM 70 melambung 61.83 mata kepada 14,796.60.

FBM ACE naik 252.91 mata kepada 11,406.44, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.36 mata kepada 159.82, Indeks Perladangan turun 47.68 mata kepada 7.319.33 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 47.68 mata kepada 13.975.64.

– BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In