• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas kaunter rugi mengatasi kaunter untung di seluruh pasaran meskipun petunjuk pasaran  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi sedikit. 

Ini berlaku selepas FBM Ace, yang mencatatkan kenaikan kukuh dalam sesi awal, menyusut sebanyak 0.74 peratus berikutan kebimbangan berkaitan undian kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen pada Khamis ini. 

Pada penutup, indeks itu yang membentuk 30 syarikat utama dari segi permodalan pasaran ditutup 3.73 mata lebih kukuh kepada 1,597.48, berbanding paras penutup 1,593.75 pada Jumaat. 

Indeks itu bergerak antara paras 1,592.71 dan 1,600.58 sepanjang hari dagangan. 

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 674 berbanding 540 manakala manakala 444 kaunter tidak berubah, 511 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 9.43 bilion unit bernilai RM4.51 bilion.

Maybank IB dalam nota penyelidikannya hari ini memetik Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai berkata hanya 20 peratus daripada keseluruhan  belanjawan iaitu ‘perbelanjaan penuh’ yang pada dasarnya pencen dan pembayaran hutang — boleh dibelanjakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Baki 80 peratus, termasuk perbelanjaan bagi operasi perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, undang-undang dan ketenteraman, perlu diluluskan oleh Parlimen. 

Kebimbangan berhubung kelulusan belanjawan itu semakin meningkat sejak beberapa anggota perikatan nasional menyuarakan ketidaksetujuan terhadap belanjawan yang dibentangkan pada 6 Nov lepas, kata seorang penganalisis. 

“Kebimbangan terbesar adalah apakah yang akan berlaku sekiranya belanjawan tidak diluluskan, Jadi, buat masa ini, pelabur menangguhkan hasrat mereka sehingga keadaan menjadi lebih jelas,” katanya. 

Di bursa tempatan, Petronas Dagangan menerajui senarai kaunter untung melonjak RM2.48 kepada RM22.10 berikutan harga minyak yang bertambah baik manakala IHH naik 10 sen kepada RM5.55, PPB meningkat 54 sen kepada RM18.62 dan Dialog menokok 12 sen kepada RM3.75.  

Dalam kalangan kaunter cergas, Metronic menambah satu sen kepada 11.5 sen manakala Kanger meningkat setengah sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.79 mata kepada 11,490.67, Indeks FBMT 100 meningkat 27.71 mata kepada 11,274.59, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 47.87 mata kepada 13,269.64 dan FBM 70 menambah 41.80 mata kepada 14,776.57.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.30 mata kepada 159.88, Indeks Perladangan berkurangan 3.12 mata kepada 7,341.36 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 52.58 mata kepada 13,960.74.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.24 bilion saham bernilai RM3.15 bilion daripada 4.08 bilion saham bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran turun kepada 567.88 juta unit bernilai RM104.53 juta daripada 830.24 juta unit bernilai RM167.23 juta. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 3.60 billon saham bernilai RM125.09 juta daripada 4.09 bilion saham bernilai RM1.27 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 754.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.13 bilion), pembinaan (208.07 juta), teknologi (277.00 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.16 juta), hartanah (292.82 juta), perladangan (77.18 juta), REITs (11.18 juta), dana tertutup (15,800), tenaga (799.63 juta), penjagaan kesihatan (88.95 juta), telekomunikasi dan media (47.51 juta), pengangkutan dan logistik (440.40 juta) dan utiliti (62.32 juta).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In