fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih AirAsia X Meningkat Kepada RM308.46 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Kerugian Bersih AirAsia X Meningkat Kepada RM308.46 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: Malay Mail

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AAX jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagu suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.

Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AAX melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 6 Oktober lepas, AAX mengumumkan cadangan skim penstrukturan hutang untuk menyusun semula hutang RM63.5 bilion menjadikannya jumlah prinsipal sebanyak RM200 juta, ia perlu dibayar setiap tahun dalam tempoh sehingga lima tahun.

“Pelaksanaan skim ini sedang berlangsung dan kejayaan skim ini sangat penting supaya AAX mampu mengumpulkan dana baharu, sama ada sebagai hutang atau ekuiti,” katanya.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Mercury Securities Sdn Bhd, bagi pihak Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa Bursa Malaysia Securities menerusi suratnya bertarikh hari ini, memutuskan untuk memberi AAX lanjutan masa sehingga 6 Jan 2021, bagi mengemukakan permohonan cadangan penggabungan saham serta draf pekeliling kepada pemegang saham AAX berkaitan dengan cadangan tersebut.

Di bawah penyusunan semula korporatnya telah dirancang, AAX telah mencadangkan penggabungan bagi  setiap 10 saham biasa sedia ada dalam AAX menjadikannya kepada satu saham AAX.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In