William J. O’Neil adalah seorang pelabur, broker saham dan pengarang buku yang popular. O’Neil dilahirkan pada 25 Mac 1933 di Oklahoma City dan dibesarkan di Texas. Pada tahun 1951, beliau tamat pengajian sekolah tinggi daripada Woodrow Wilson High School di Dallas. O’Neil kemudiannya menyambung pengajian tinggi di Southern Methodist University dan bergraduasi dengan ijazah pada tahun 1955.
Setelah tamat pengajian, O’Neil sempat berkhidmat dengan Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat sebelum diterima masuk ke Harvard Business School pada tahun 1960. Kariernya sebagai broker saham bermula dua tahun selepas itu.

Tahun 1958 merupakan tahun di mana O’Neil memulakan kariernya sebagai broker saham di Hayden, Stone & Co. Di sinilah beliau telah membangunkan strategi pelaburan yang menggunakan komputer. Tahukah anda William J. O’Neil mencipta kaedah CANSLIM ketika beliau masih di Harvard Business School?
Strategi CANSLIM ini adalah formula untuk menentukan saham mana yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berkembang.
Apa Itu CANSLIM?
CANSLIM adalah sistem yang membantu pelabur membuat pemilihan saham yang sedang berkembang dengan menggabungkan teknik analisa fundamental dan teknikal.
Jom kita tengok pula apa yang dimaksudkan dengan formula CANSLIM ini:
C-Current Quarterly Earnings Per Share
Kajian mengenai pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini. Kita juga boleh kaji pendapatan syarikat untuk 3-5 suku kebelakangan ini. Peningkatan pendapatan suku tahunan terkini haruslah sekurang-kurangnya 25%.
A-Annual Earnings Increases Over The Last Five Years
Kaji saham yang membuat pertumbuhan pendapatan tahunan sekurang-kurangnya 25% atau lebih bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
N-New Products, Management, Events, Information
Kaji sekiranya syarikat ada mengeluarkan produk baru yang boleh menarik minat pelabur, pertukaran pihak pengurusan yang baru atau catalyst yang berkaitan. Kata kuncinya di sini ialah apa-apa saja yang baru.
S-Supply And Demand
Kaji saham syarikat yang mempunyai permintaan yang tinggi. Ini adalah merupakan perkara asas dalam ekonomi. Semakin tinggi permintaan terhadap barangan yang terhad di dalam pasaran, maka semakin mudah harga barang tersebut meningkat.
L-Leader & Laggard
Kaji setiap sektor dan cari leader atau peneraju dalam sektor tersebut. Saham leader adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik. Leaders biasanya mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang lebih tinggi daripada syarikat lain yang berada di dalam sektor yang sama. Laggard pula syarikat yang ketinggalan ke belakang berbanding dengan syarikat leader.
I-Institutional Sponsorship
Kaji saham yang dipegang oleh pelabur insitusi. Institusi kewangan hanya akan memegang saham yang berkualiti tinggi dan mempunyai peluang untuk berkembang jauh. Secara tidak langsung, kehadiran institusi memberi keyakinan kepada pelabur runcit untuk turut sama memiliki saham syarikat tersebut.
M-Market Direction
Kaji ke manakah arah trend pasaran saham secara keseluruhannya dan harga saham syarikat yang kita ingin beli. Pastikankita hanya beli saham-saham yang sedang membuat uptrend.
Pengasas Investor’s Business Daily
Beliau juga seorang usahawan apabila pada tahun 1984, O’Neil melancarkan Investor’s Daily iaitu suratkhabar yang berkaitan perniagaan. Pada tahun 1991, nama tersebut telah ditukar kepada Investor’s Business Daily. Pada tahun 2015, laman web ini berjaya menarik sebanyak 2.6 juta pengunjung setiap bulan. Laman web tersebut boleh dilayari di Investor’s Business Daily .
Pengarang Buku

William J. O’Neil telah menulis beberapa buah buku. Di antaranya adalah How to Make Money in Stocks, How to Make Money Selling Stocks Short, The Successful Investor dan banyak lagi. Kita boleh mendapatkan buku-buku yang ditulis beliau secara atas talian di Amazon.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……