• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ekonomi Asia-Pasifik Mendahului Pemulihan Daripada Covid-19

in Catalyst
A A
Ekonomi Asia-Pasifik Mendahului Pemulihan Daripada Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Ekonomi Asia-Pasifik (APAC) kini mendahului pemulihan di peringkat global daripada COVID-19, didorong oleh langkah-langkah diambil mengawal pandemik itu, pelonggaran sekatan perjalanan dan peningkatan dalam perdagangan global, kata Moody’s Analytics.

Ketua Pakar Ekonomi APAC, Steve Cochrane berkata pemulihan Asia diketuai China dan pemulihan China disebabkan oleh  eksport yang berada pada kedudukan sama seperti sebelum penularan COVID-19.

“Kepantasan urus niaga perdagangan antarabangsa China dan peningkatan jumlah import memberi kesan kepada rantau APAC dengan Vietnam, Singapura, Taiwan, Malaysia, dan New Zealand mencatatkan eksport  melebihi jumlah direkodkan setahun lepas pada bulan September” katanya dalam laporan bertajuk “APAC Outlook: Next Year Looks Better for Most of the Region” bertarikh 17 November, 2020.

Cochrane berkata walaupun hanya beberapa negara sahaja yang melaporkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 13 November, 2020, antaranya ialah China, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan, masing-masing melaporkan pertumbuhan bagi tempoh suku ke suku.

“Ekonomi APAC telah melakukan yang terbaik untuk mengawal penularan COVID-19 dan ia kembali bersama pemulihan dalam pengeluaran industri serta perdagangan global.

“Selain itu, ia menikmati paras sokongan fiskal dalam kebanyakan negara yang menstabilkan ekonomi mereka dengan menjaga keadaan kewangan perusahaan dan isi rumah supaya mereka dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi,” katanya.

Mengenai aliran portfolio, Cochrane berkata para pelabur berkeyakinan terhadap China, manakala Malaysia dan Filipina juga mempunyai aliran hutang positif kumulatif bersih setakat ini bagi tahun 2020.

Beliau berkata seluruh rantau APAC tidak akan pulih sepenuhnya sehingga pemulihan ekonomi global selanjutnya memperluaskan rangkaian perdagangan global yang melibatkan lebih banyak barangan pengguna seperti automotid dan komoditi seperti minyak mentah serta petrokimia.

Beliau berkata pemulihan ekonomi di rantau APAC tidak akan lengkap sehingga pergerakan perjalanan  dan pelancongan di peringkat antarabangsa aktif semula.

“Ini akan menjadi proses yang panjang ketika para pegawai melakukan penilaian terhadap langkah-langkah pencegahan kepada kemasukan pengembara dan pelancong dari negara asal mereka,” katanya.

Risiko-risiko lain di rantaui ini adalah kesanggupan kerajaan untuk terus memberikan menyediakan sokongan fiskal yang disasarkan kepada isi rumah dan industri yang terjejas akibat wabak itu, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata Malaysia, Singapura, Australia dan Jepun memang memiliki program sokongan yang cukup besar, ia secara langsung mensasarkan rumah tangga dan industri yang menghadapi kesukaran.

Walaupun mudah menggambarkan kemampuan rantau APAC untuk mengawal pandemik itu, Cochrane berkata wujud kluster tempatan yang terus menjadi risiko di rantau itu, sebagai contoh kes wabak itu kini meningkat di Malaysia.

“Sekiranya tiada penularan semula jangkitan COVID-19, pelabur berkemungkinan akan memperkukuhkan pasaran baharu di rantau APAC, terutama sekiranya pasaran baharu di Eropah Timur, Amerika Latin dan Afrika terus menghadapi kesukaran dan kesan ekonomi akibat wabak itu,” katanya.

“Secara keseluruhan, Cochrane berkata unjuran asas ekonomi di rantau APAC akan mencatatkan pertumbuhan positif pada 2021, China, VIetnam dan Hong Kong akan menjadi menjadi antara negara yang dijangka merekodkan pertumbuhan yang pantas.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In