fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) –Tekanan jualan berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi menyaksikan Bursa Malaysia ditutup di paras terendah hariannya hari ini di tengah-tengah sentimen lemah dalam kebanyakan pasaran saham serantau, kata para peniaga. 

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 21.07 mata kepada 1,583.68, selepas mencecah paras tinggi1,596.55 semasa hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 730 berbanding 462, manakala 455 kaunter tidak berubah, 523 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 9.53 bilion unit bernilai RM4.48 bilion daripada 14.41 bilion unit bernilai RM5.09 bilion pada Rabu.

Seorang peniaga berkata bursa Asia berada dalam aliran menurun hari ini, seiring dengan penurunan di Wall Street semalaman apabila kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi akibat daripada peningkatan jangkitan kes di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah bertembung dengan keyakinan kemungkinan memperoleh vaksin. 

Beliau berkata pasaran terus menurun selepas para pegawai New York mengumumkan penutupan sekolah awam berikutan lonjakan jangkitan kes di bandar raya itu.

“Kebimbangan impak jangka terdekat daripada lonjakan kes baru-baru ini telah mengaburi perkembangan positif berkaitan vaksin,” katanya. 

Di peringkat serantau, Nikkei Nikkei 225 Jepun jatuh 0.36 peratus kepada 25,634.34, Indeks Straits Times Singapura susut 0.36 peratus kepada 2,778.51 dan Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.71 peratus kepada 26,356.97.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Maybank turun 13 sen kepada RM8.10, TNB jatuh 2.0 sen kepada RM11.24, Public Bank berkurangan 68 sen kepada RM18.38, Top Glove susut 7.0 sen kepada RM6.94, manakala Petronas Chemicals naik 2.0 sen kepada RM6.77.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization dan Metronic Global susut 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada 18 sen dan 10.5 sen, Kanger berkurangan 1.5 sen kepada 18 sen dan VSolar turun setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 137.51 mata kepada 11,376.98, Indeks FBMT 100 jatuh 142.04 mata kepada 11,161.20, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 88.45 mata kepada 13,079.89 dan FBM 70 susut 159.92 mata kepada 14,565.34.

FBM ACE meningkat 53.58 mata kepada 11,140.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut  0.60 mata kepada 158.39, Indeks Perladangan berkurangan 6.16 mata kepada 7,348.99 dan Indeks Pekhidmatan Kewangan susut 357.48 mata kepada 14,007.13.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 4.62 bilion saham bernilai RM3.20 bilion daripada 7.18 bilion saham bernilai RM3.64 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 745.51 jutan unit bernilai RM113.47 juta daripada 653.06 juta unit bernilai RM117.27 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 4.16 bilion saham bernilai RM1.16 bilion berbanding 6.58 bilion saham bernilai RM1.33 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 718.01 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.44 bilion), pembinaan (197.68 juta), teknologi (678.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (67.54 juta), hartanah (486.61 million), perladangan (172.86 juta), REITs (5.59 juta), dana tertutup (21,900), tenaga (396.04 juta), penjagaan kesihatan (94.26 juta), telekomunikasi dan media (86.15 juta), pengangkutan dan logistik (218 juta) dan utiliti (55.73 juta).

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In