• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, seiring dengan prestasi di kebanyakan pasaran serantau yang lain berikutan kegiatan jualan berterusan terutama membabitkan kaunter perkhidmatan kewangan terpilih.

Para peniaga berkata situasi sedemikian juga  disebabkan oleh pelabur kembali bimbang mengenai tinjauan ekonomi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.76 mata kepada 1,590.99 selepas bergerak antara 1,585.64 dan 1,596.55 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 624 berbalas 436 manakala 471 kaunter tidak berubah, 639 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.94 bilion saham bernilai RM2.36 bilion.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pelabur masih menantikan hala tuju yang lebih jelas di celah-celah pemangkin bercampur-campur, yang kebanyakannya lemah.

Sementara itu, kemunculan semula COVID-19 terus menjejaskan ekonomi negara maju utama meskipun para peniaga masih lagi yakin terutamanya harapan untuk vaksin.

Beliau berkata para pelabur kini menumpukan perhatian kepada sidang kemuncak Kesatuan Eropah hari ini untuk mendapatkan petunjuk baharu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 17 sen kepada RM8.06, Public Bank menyusut 46 sen kepada RM18.60, Top Glove merosot 4.0 sen kepada RM6.97 sementara TNB dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat 4.0 sen kepada RM11.30 dan RM6.79.

Bagi kaunter paling cergas, Kanger naik setengah sen hingga 20 sen, AT Systematization tidak berubah pada 19 sen sen, sementara Metronic Global turun 1.0 sen pada 10.5 sen dan VSolar merosot setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 77.66 mata pada 11,436.83, Indeks FBMT 100 turun 82.84 mata kepada 11,220.40 dan FBM 70 kehilangan 52.63 mata kepada 14,672.63.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah turun 22.65 mata kepada 13,145.69 tetapi FBM ACE melonjak 120.26 mata kepada 11,208.26.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.22 mata kepada 158.77, Indeks Perladangan naik 6.12 mata kepada 7,361.27, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 281.90 mata kepada 14.082.71.

– BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In