• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

PNB Jual Kepentingan Dalam CCM Kepada Batu Kawan Pada Harga RM292.8 Juta

in Catalyst
A A
PNB Jual Kepentingan Dalam CCM Kepada Batu Kawan Pada Harga RM292.8 Juta

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan telah mencapai persetujuan dengan Batu Kawan Berhad (BKB) untuk melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya dan unit amanahnya sebanyak 56.3 peratus dalam Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) kepada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga RM292.8 juta.

Harga itu mewakili premium sebanyak 69 peratus daripada harga saham purata berwajaran tiga bulan dan akan mencetuskan tawaran umum wajib oleh BKB untuk baki saham dalam CCM.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BKB berkata ia akan membuat tawaran umum wajib tetapi ia bertujuan untuk mengekalkan penyenaraian CCM di Pasar Utama.

Pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku pertama tahun depan, kata BKB.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata pelupusan itu adalah sebahagian daripada strategi kepelbagaian aset PNB untuk mengimbangi portfolio.

“Konsisten dengan usaha PNB untuk terus meningkatkan nilai supaya dapat memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unitnya.

“Proses penjualan dan penentuan harga yang tepat telah dilakukan secara menyeluruh oleh penasihat kami, Maybank Investment Bank Bhd dan kami berpuas hati dengan harga jualan akhir yang memberikan premium yang tinggi berbanding harga pasaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ahmad Zulqarnain berkata sama seperti setiap keputusan pelaburan dan pelupusan PNB yang lain, penjualan itu dilakukan dengan teliti dan meliputi proses tadbir urus pelbagai peringkat bagi memastikannya memenuhi dasar dan objektif pelaburan PNB yang ketat.

CCM adalah pengeluar produk salutan klor-alkali dan polimer yang terkenal di Malaysia, ia antara tiga pengeluar utama lapisan polimer untuk industri sarung tangan dan satu daripada pengeluar terbesar klorin untuk rawatan bekalan air.

Ketika CCM menjadi syarikat strategik PNB, ia melalui pelbagai inisiatif termasuk pemisahan CCM Duopharma Biotech Bhd daripada CCM pada 2017 yang memberinya ruang untuk meneruskan strategi pertumbuhannya bagi memastikan kemampanan di masa depan.

Melangkah ke hadapan, Ahmad Zulqarnain berkata pengalaman dan pengetahuan luas BKB dalam industri kimia, PNB yakin BKB akan serasi dengan strategi CCM selain dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju syarikat kimia di Malaysia.

“Pada masa sama, pembabitan BKB yang kini diperluas dalam pembuatan bahan kimia industri akan membolehkan CCM untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran geografi yang lebih luas.

“Kami sangat menghargai kepercayaan serta keyakinan pemegang unit kepada PNB untuk menghasilkan pulangan bagi pelaburan dan akan terus berusaha dan bertindak demi kepentingan terbaik mereka,” katanya.

Beliau berkata sebagai penjaga kekayaan milik berjuta pemegang unit Bumiputera dan rakyat Malaysia, PNB sentiasa mendukung mandat dalam setiap keputusan pelaburan dan terus komited melaksanakan standard pengendalian tertinggi dalam usaha menjana pulangan kepada pemegang unit.

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In