fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Catat Untung Bersih RM136.9 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
FGV Luaskan Pasaran Benih Kelapa Sawit Di India, Sasar Jual 1.5 Juta Benih Menjelang 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 kepada RM136.89 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM262.41 juta pada suku sama tahun lepas.

Perolehannya turut meningkat kepada RM3.99 bilion daripada RM3.55 bilion sebelum ini, demikian menurut kenyataan kumpulan itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

FGV menyifatkan prestasi itu disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sektor perladangan berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) dan caj nilai saksama lebih rendah membabitkan perjanjian pajakan tanah sebanyak RM256.95 juta berbanding RM278.44 juta pada tahun sebelum ini.

Faktor lain adalah peningkatan keuntungan segmen logistik dan sektor lain manakala segmen gula merekodkan kerugian lebih rendah.

Bagi tempoh di bawah kajian itu, purata harga MSM adalah RM2,645 satu tan yang lebih tinggi berbanding purata harga MSM direalisasikan pada suku ketiga 2019 iaitu RM1,983 satu tan, sekali gus menyebabkan peningkatan ketara perolehan kumpulan.

“Saya berbesar hati untuk melaporkan keputusan (kewangan) suku kedua positif berturut-turut untuk kumpulan ini. Walaupun pengeluaran MSM adalah sejajar dengan tahap kebangsaan, penghasilan tandan buah segar (TBS) FGV terus melangkaui paras negara yang disumbangkan oleh peningkatan pemulihan tanaman serta kawasan pokok sawit matang yang lebih besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Bagi segmen huluan, pengeluaran TBS naik sebanyak sembilan peratus kepada 1.35 juta tan berbanding 1.24 juta tan pada suku ketiga 2019.

Segmen hilirannya bagaimanapun mencatat keuntungan lebih rendah susulan kekurangan permintaan biodiesel akibat pandemik COVID-19 selain sumbangan bahagian lebih rendah membabitkan syarikat-syarikat usaha sama.

Selain itu, penyusutan kerugian sektor gula disebabkan oleh peningkatan perolehan jualan akibat kenaikan jumlah dagangan dalam segmen industri serta premium eksport lebih tinggi.

“Sebahagian daripada peningkatan sektor gula itu ditampung oleh pelupusan serta rosot nilai tanaman akibat kebakaran di Chuping, Perlis serta perubahan rawatan membabitkan aset sama akibat pembatalan jualan,” kata Haris Fadzilah.

Bagi perniagaan logistik, FGV mencatat penyusutan sebanyak 12 peratus akibat jumlah pukal lebih rendah dan ditampung oleh peningkatan jumlah pengangkutan bagi barangan pengguna cepat laris (FMCG).

Jumlah pengangkutan pula meningkat dua peratus susulan pertambahan tan kargo manakala jumlah pukal berkurangan sebanyak lima peratus akibat penurunan membabitkan pelanggan utama serta biodiesel yang dikendalikan.

Bagi kemajuan masa depan, FGV berkata rancangan strategiknya menyasarkan peningkatan pertumbuhan dan memperkukuh aktiviti perniagaan dengan nilai tambah membabitkan perladangan bersepadu serta pergerakan FMCG yang berpotensi menyumbang hasil dengan lebih pantas.

“Merujuk sektor perladangan, FGV menjangkakan penghasilan TBS dan MSM  pada suku keempat 2020 akan terjejas akibat ketidaktentuan cuaca dan pelaksanaan perintah kawalan di Sabah. Harga MSM pula kekal kukuh sehingga akhir tahun ini,” katanya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

16 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

24 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In