fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih susulan kenaikan baru-baru ini dan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.99 mata kepada 1,601.16 selepas turun naik antara 1,595.09 dan 1,611.58 sepanjang sesi pagi.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 699 berbanding 400, manakala 428 kaunter tidak berubah, 637 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 9.40 bilion saham bernilai RM2.77 bilion.

CGS-CIMB berkata permintaan domestik dan pelaburan dijangka kekal rendah berdasarkan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dengan eksport bersih kekal sebagai penyumbang pertumbuhan positif yang utama.

Fitch Solutions telah menurunkan unjuran pertumbuhannya bagi Malaysia pada tahun ini kepada -5 peratus daripada -4.5 peratus sebelum ini, menurut nota pelanggannya pada Isnin.

“Semakan semula itu didorong oleh gelombang ketiga jangkitan COVID-19 yang membimbangkan, memberi risiko kepada pemulihan ekonomi, ” katanya, memetik agensi penarafan itu dalam nota penyelidikan hari ini. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 14 sen kepada RM8.16, Public Bank merosot 12 sen kepada RM18.78, TNB berkurangan 10 sen kepada RM11.32 dan Top Glove turun 1.0 sen kepada RM6.99, bagaimanapun Petronas Chemicals naik 9.0 sen kepada RM6.74.

Daripada saham cergas, Pegasus meningkat setengah sen kepada 3.5 sen, NETX berkurangan 3.0 sen kepada 14.5 sen, AT Systematization susut 4.0 sen kepada 20.5 sen dan Metronic Global merosot 4.5 sen kepada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 66.23 mata kepada 11,490.11, Indeks FBMT 100 berkurangan 68.38 mata kepada 11,278.44 dan FBM 70 turun 108.84 mata kepada 14,694.97.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 35.36 mata kepada 13,178.60 dan FBM ACE susut 197.95 mata kepada 11,121.30.

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.61 mata kepada 158.35, Indeks Perladangan naik 50.96 mata kepada 7,362.56 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 165.98 mata kepada 14,289.71.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In