• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini namun dapat menampung penyusutan awalnya, didorong oleh aktiviti belian sederhana bagi kaunter perladangan terpilih dalam pasaran yang menyaksikan sentimen bercampur-campur, kata peniaga.

Ketika ditutup petang ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.40 mata kepada 1,604.75 selepas berlegar dalam jajaran 1,595.09 hingga 1,611.58 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 731 berbanding 473 manakala 456 kaunter lain tidak berubah, 504 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 14.41 bilion unit bernilai RM5.09 bilion daripada sejumlah 16.40 bilion unit bernilai RM7.96 bilion pada Selasa.

Seorang peniaga berkata prestasi pasaran saham Asia bercampur-campur dengan ada di antaranya menjejaki kerugian semalaman dialami Wall Street ketika pelabur terus mengutamakan kebimbangan mengenai peningkatan kes jangkitan COVID-19 berbanding rasa optimis terhadap vaksin.

Menurutnya, ini berikutan peningkatan kes yang mencetuskan kebimbangan mengenai pelaksanaan langkah kawalan pergerakan baharu selain menjejaskan keyakinan terhadap ujian percubaan vaksin yang memberi harapan dalam usaha menangani pandemik itu.

Di peringkat serantau, pasaran Nikkei Jepun 225 susut 1.1 peratus kepada 25,728.14, Indeks Komposit Shanghai naik 0.22 peratus kepada 3,347.30 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.49 peratus kepada 26,544.29.

Peniaga lain pula menyifatkan penyusutan pasaran tempatan itu juga disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung dalam kaunter produk pengguna dan perkhidmatan kewangan yang mencatat keuntungan baru-baru ini.

Sementara itu, bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut 7.0 sen kepada RM8.23, TNB rugi 16 sen kepada RM11.26, Public Bank naik 16 sen kepada RM19.06, Top Glove menokok 1.0 sen kepada RM7.01 dan Petronas Chemicals meraih 10 sen kepada RM6.75.

Saham-saham aktif menyaksikan AT Systematization turun 5.5 sen kepada 19 sen, NETX susut 3.5 sen kepada 14 sen, Metronic Global berkurangan 4.5 sen kepada 11.5 sen manakala Pegasus tidak berubah pada 3.0 sen.

Selain itu, Indeks FBM Emas naik 41.85 mata kepada 11,514.49, Indeks FBMT 100 kehilangan 43.48 mata kepada 11,303.24, Indeks Syariah FBM Emas jatuh 45.62 mata kepada 13,168.34 dan FBM 70 turun 78.55 mata kepada 14,725.26.

FBM ACE merosot 231.15 mata kepada 11,088.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.25 mata kepada 158.99, Indeks Perladangan naik 43.55 mata kepada 7,355.15 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 91.08 mata kepada 14,364.61.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 7.18 bilion saham bernilai RM3.64 bilion daripada 8.71 bilion saham bernilai RM6.44 bilion pada Selasa.

Waran pula merosot kepada 653.06 juta unit bernilai RM117.27 juta daripada 1.41 bilion unit bernilai RM223.38 juta, semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 6.58 bilion saham bernilai RM1.33 bilion berbanding 6.28 bilion saham bernilai RM1.30 bilion sebelum ini.

Dalam pada itu, produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 1.0 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (1.95 bilion), pembinaan (289.90 juta), teknologi (524.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (97.43 juta), hartanah (2.06 bilion), perladangan (89.21 juta), REIT (9.77 juta), hartanah (2.06 bilion), perladangan (89.21 juta), dana tertutup (20,200), tenaga (364.52 juta), penjagaan kesihatan (130.34 juta), telekomunikasi dan media (54.27 juta), pengangkutan dan logistik (520.31 juta) serta utiliti (83.45 juta).

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In