fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Tetapi Susut Kemudiannya

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, tetapi susut dalam beberapa minit dagangan, didorong oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi berikutan peningkatan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.69 mata kepada 1,599.46 selepas dibuka tinggi 0.93 mata kepada 1,611.08.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 341 berbanding 243, manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,179 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion bernilai RM498.19 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjangka pergerakan dalam arah bertentangan daripada trend sebelumnya dalam pasaran serantau hari ini, menjejaki penurunan semalaman Wall Street berikutan peniaga memutuskan untuk menyimpan keuntungan susulan perjalanan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang baik dan berita mengenai vaksin yang positif.  

“Di peringkat tempatan, kami menjangka kaunter sarung tangan getah mengalami tekanan jualan yang berterusan. Justeru, indeks petunjuk pasaran dijangka menghadapi persekitaran yang sukar hari ini.

“Kami yakin FBM KLCI, yang telah meningkat lebih 10 peratus sejak awal bulan ini, dijangka sukar untuk mengekalkan pada paras semasa dengan 1,600 sebagai paras sokongan segera,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 14 sen kepada RM8.1622, Public Bank merosot 8.0 sen kepada RM18.82, TNB berkurangan 12 sen kepada RM11.30, Petronas Chemicals turun 2.0 sen kepada RM6.63, manakala Top Glove susut 15 sen kepada RM6.85.

Daripada saham cergas, Pegasus naik setengah sen kepada 3.5 sen, Kanger International meningkat 1.5 sen kepada 18.5 sen, Eduspec tidak berubah pada 3.0 sen manakala AT Systematization susut 2.5 sen kepada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 70.17 mata kepada 11,485.17, Indeks FBM Emas Shariah susut 57.57 mata kepada 13,156.39, Indeks FBMT 100 berkurangan 72.93 mata kepada 11,273.89, FBM 70 turun 85.57 mata kepada 14,718.24 dan FBM ACE merosot 58.86 mata kepada 11,260.39.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.26 mata kepada 157.48, Indeks Perladangan menokok 5.73 mata kepada 7,317.33 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 166.90 mata kepada 14,288.79. 

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In